Mendiang Bob Tutupoly bersama isterinya, Rosmayati Nasution. - Kredit foto: suara.com


‘’SELALU menjadi orang yang baik dan jangan pernah lupa membantu orang lain,’’ pesanan terakhir artis legenda, Bob Tutupoly kepada anaknya, Sasha Karina Tutupoly sebelum artis yang popular dengan lagu Widuri menutup usianya pada 5 Julai 2022.

Bob yang meninggal dunia ketika usianya 82 tahun pada kira-kira pukul 12.03 pagi di Rumah Sakit Mayapada, Jakarta Selatan, Indonesia selepas dirawat beberapa minggu akibat menderita penyakit strok (angin ahmar).

Bob yang nama asalnya Bobby Willem Tutupoly dilahirkan di Surabaya, Jawa Timur bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi malah dia juga seorang pelakon dan pengacara di television di negara republik itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 


Sasha Karina Tutupoly. - Kredit foto: celebrity.okezone.com


Sasha Karina berkata, pesanan terakhir daripada bapanya itu sebelum dia menghembus nafas terakhir itu akan sentiasa diingatinya dan menjadi pedoman hidupnya.

Menurutnya, bapanya seorang baik serta bertanggungjawab dan sepanjang hidupnya sentiasa membantu orang-orang yang susah tanpa mengira golongan.

Sasha Karina berkata, pertolongan bapanya bukan sahaja melibatkan wang ringgit kepada mereka yang tidak berkemampuan tetapi dia tidak kedekut dengan tenaganya.

‘’Namun, Papa juga seorang yang keras tetapi hatinya sangat lembut. He is the best father, saya berasa bangga dapat memiliki seorang Papa seperti dia,’’ kata Sasha Karina seperti dipetik dari portal Tribunmedan.com pada 5 Julai 2022.



Bob mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian pada awal 1970 dan pada 1976 namanya mula popular dengan lagu Widuri yang turut diminati di negara Malaysia, Singapura dan Thailand. 

Selain Widuri, Bob juga terkenal dengan lagu ‘Tiada Maaf Bagimu’, ‘Tinggi Gunung Seribu Janji’  dan ‘Lidah Tidak Bertulang’. - KitaReporters


 

12
9
0
15
0

Copy Link: