ANAK Orang Asli buktikan yang mereka juga mampu, berkebolehan dan mahir bermain catur walaupun kehadiran mereka dalam setiap pertandingan kerap dipandang sebelah mata. Jangan ingat duduk di kawasan luar bandar, jauh dari pembangunan dan kurang kemudahan beriadah dan bersukan, mereka tidak boleh berjaya dan aktif seperti mana rakan sebaya yang menetap di bandar. : KitaReporters

Berjabat tangan sebelum memulakan pertandingan pada  Kejohanan Catur 2020 Kolej Komuniti Malaysia anjuran Kolej Komuniti Kuantan pada 2 Mac 2020.

Permainan catur memerlukan daya fikiran dan pandangan mata yang tajam sebelum menggerakkan 'buah'


Bagi masyarakat Orang Asli yang sudah mula 'celik mata' dan mahu anak mereka berjaya meletakkan 'kepercayaan' dan keyakinan kepada guru yang mendidik anak mereka. 

Buatlah apa sahaja janji anak mereka tidak lagi di pandang sebelah mata oleh masyarakat luar!

Tidak terkecuali masyarakat Orang Asli di Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam di Muadzam Shah, Pahang yang meletakkan anak-anak mereka dalam asuhan dan didikan guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis

Keikhlasan dan kesediaan guru sedikit sebanyak membuatkan anak murid sekolah itu dapat menerima proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik, malah aktiviti sukan dan permainan yang disediakan turut diterima baik dan diminati murid.

Murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis bergambar bersama guru pengiring, Rusli Masri (kiri) dan Mohd Nasir Abdul Rahman pada Kejohanan Catur 2020 Kolej Komuniti Malaysia anjuran Kolej Komuniti Kuantan pada 2 Mac 2020.


SK Buluh Nipis adalah sekolah Orang Asli yang berjaya memupuk bakat ramai muridnya bermain catur dan berkat tunjuk ajar daripada guru dan jurulatih berjaya membawa mereka ke pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. Syabas!

SK Buluh Nipis adalah sekolah angkat Yayasan Pahang (YP) dan organisasi berkenaan turut menyalurkan sumbangan bagi membantu meningkatkan lagi prestasi murid dalam sukan catur sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Seorang daripada mereka yang begitu berminat dengan permainan catur, Tueshisel Tiara Mohd Daniel Harman, berjaya menempatkan diri di tangga kelima dalam Kejohanan Catur 2020 Kolej Komuniti Malaysia anjuran Kolej Komuniti Kuantan yang berlangsung di Kuantan pada 2 Mac 2020.

Tueshisel Tiara Mohd Daniel Harman bersama medal dan Sijil Pencapaian yang diterima selepas berjaya menduduki tempat kelima (kategori perempuan bawah 12 tahun)


Tueshisel Tiara bertanding dalam kategori terbuka bawah 12 tahun (perempuan) yang turut disertai 50 peserta dari Kuantan dan daerah-daerah lain. 

Tiara menerima hadiah wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan. Tiara menunjukkan kemahiran dan kepintarannya bermain catur dan berjaya sehingga pusingan ketujuh. 

Ketika ditemui, Tueshisel Tiara mengakui meminati permainan catur sejak memasuki Tahun 1 lagi dan ingin terus bermain sehingga berjaya ke peringkat lebih tinggi.

"Pada mulanya, memang sudah nak faham tetapi dengan tunjuk ajar daripada guru dan rakan-rakan saya dapat bermain dengan lebih baik. 

"Tumpuan 100 peratus perlu diberikan dalam permainan yang menguji minda ini," katanya.


Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Pahang, Zarinah Hamid (belakang, tengah) bergambar kenangan bersama murid SK Buluh Nipis selepas kejohanan berakhir


Turut bertanding adalah sembilan murid lagi dan tiga daripadanya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pemain terbaik dalam pertandingan yang turut disertai oleh 421 peserta termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdahulu, Tiara berjaya mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Rompin ke-18 dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang

Sementara dua lagi murid iaitu Asraf a/l Leiw Kum Choon dan Leedieya a/p Awang Lee masing-masing berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dalam pertandingan peringkat MSSD. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nasir berkata, pelajar mula didedahkan dengan permainan catur ketika berada pada Tahun 1 lagi dan bagi yang berpotensi akan terus digilap dan dibawa menyertai pertandingan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.

"Kita akan asuh mereka sehingga potensi sebenar terserlah sebelum dibawa menyertai kejohanan yang lebih besar sama ada pada peringkat sekolah, daerah dan negeri," katanya.

Tahniah semua! Anda semua memang pelajar hebat!  - KitaReporters  

Suasana ketika kejohanan catur berlangsung


Kusyuk

1
0
0
0
0

Copy Link: