Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, bersama Ketua Bahagian Penjanaan Dana & Pemasaran Islamic Relief Malaysia, Zulkepli Mad Yatim dan sukarelawan, Syed Imran Al-Mufadhal telah berangkat ke Aceh pada 22 Disember 2025 bagi menjayakan Misi Bantuan Aceh di kota Lhokseumawe.


Desa Gedumpak, Aceh Utara. 


Ahli misi Islamic Relief Malaysia (dari kiri): Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Zulkepli Mad Yatim dan Syed Imran Al-Mufadhal.


Misi kali kedua ini akan menumpukan bantuan kepada penduduk Desa Gedumpak, Aceh Utara yang merangkumi inisiatif berikut:

  • Penyediaan akses air bersih
  • Penyediaan tempat perlindungan sementara
  • Penyediaan dapur umum
  • Bantuan awal bagi kelangsungan hidup
  • Pembinaan surau sementara
  • Penyediaan ruang selamat untuk kanak-kanak

Islamic Relief Malaysia menyasarkan sumbangan berjumlah RM150,000 bagi membantu penduduk Aceh melalui pelbagai program bantuan kemanusiaan.

Selain pengagihan bantuan, pasukan misi juga akan menjalankan tinjauan serta penilaian terhadap potensi pelaksanaan projek pembangunan di kawasan sekitar. - KitaReporters/Kenyataan Media


Misi Bantuan Aceh berlangsung dari 22 Disember hingga 28 Disember 2025. Di kanan sekali ialah Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood.

19
6
0
13
0

Copy Link: