Tu dia! Rumah Terbuka Aidilfitri Seri Mentaloon, Kedah gamit sampai 80 ribu pengunjung.


Para pengunjung yang memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon Kedah pada 27 Mac 2026.

Lemang tidak ketinggalan disajikan di Seri Mentaloon.

Hidangan masakan panas turut disajikan untuk para pengunjung.

Cuaca panas terik di Kedah ketika ini tidak sedikit pun menghalang pelbagai bangsa dan agama berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri yang diraikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 27 Mac 2026.

80,000 juadah makanan disajikan pada kali ini seawal 5 petang sehingga 11 malam dengan 5,500 tempat duduk turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung.

Lebih menarik lagi ada juga yang berkunjung dengan menggunakan bot dari Muzium Negeri ke Seri Mentaloon.


Perkhidmatan bot yang mudik dari Muzium Negeri ke Seri Mentaloon turut menjadi pilihan para pengunjung.

Antara para pengunjung yang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Seri Mentaloon pada 27 Mac 2026.


Majlis yang dijayakan bersama oleh pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut dihadiri masyarakat pelbagai kaum, agama serta lapisan usia sekali gus jelas memperlihat semangat perpaduan dalam memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Manakala kanak-kanak tetap disantuni dengan sumbangan duit raya bagi menceriakan mereka.

Artis tempatan seperti Datuk M. Nasir, Mawi, Haziq Rosebi, Oja serta kumpulan NADA turut menyerikan persembahan pentas.


Pelbagai kaum dan agama juga tidak mahu melepaskan peluang bersama ke Seri Mentaloon.

Suasana pengunjung yang memenuhi Seri Mentaloon pada waktu malam.

Sementaera itu, Malam Tujuh Likur sempena Ramadan dan hampirnya lebaran adalah tradisi memasang pelita yang sudah pun sebati dengan masyarakat Melayu khususnya di kampung dan desa sejak dahulu kala.

Namun begitu inisiatif yang diambil oleh Glowing Tulip Garden Malaysia di Amanjaya Mall, Sungai Petani dengan mewujudkan semula lampu pelita berbentuk gergasi dan berskala besar merupakan satu kreativiti yang telah berjaya menarik perhatian Malaysia Book of Records (MBOR). 


Pelita Gergasi di Taman Jubli Emas, Kedah kini menjadi daya tarikan pelancong.

Penilaian sedang dibuat oleh kakitangan MBOR sebelum pengiktirafan dibuat.

Pengiktirafan MBOR memperlihat bagaimana elemen tradisi berkembang melalui pendekatan kreatif.

Secara tidak langsung, ia membuka ruang baharu bagi masyarakat untuk menghayati warisan budaya dalam suasana perayaan khususnya Aidilfitri. - KitaReporters


Pelita gergasi yang direka cipta di Alor Setar kini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Lampu pelita gergasi ini kini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

9
8
0
11
0

Copy Link: