Masyarakat Indonesia terkejut dengan tindakan seorang jururawat lelaki yang menari ketika satu pembedahan sedang dilakukan. 

Kejadian itu berlaku baru-baru ini di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Datu Beru, Takengon, Kabupaten Aceh Tengah, Aceh.


Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Datu Beru, Takengon, Kabupaten Aceh Tengah, Aceh. - Kredit foto: Antara Aceh.

Dan kejadian itu tular setelah ia dimuat naik dalam sejumlah sosial media. 

Dalam klip video yang tersebar, seorang jururawat lelaki berjoget ketika doktor sedang melakukan pembedahan dalam bilik bedah. 

Setelah tular, pihak pengurusan hospital telah mengambil tindakan walaupun jururawat yang dikenali sebagai Riga Septian Bahri telah memohon maaf. 



Ketua Perhubungan Awam RSUD Datu Beru, Himawan memberitahu agensi berita Antara Aceh, pihak pengurusan hospital menganggap perbuatan itu sebagau mencemarkan jawatan semua petugas kesihatan dan pihak hospital.

Sementara itu, Direktur (Pengarah) RSUD Datu Beru, Gusnarwin pula menegaskan tiada tolak ansur terhadap pekerja perubatan yang menjejas profesion dan kewibawaan pihak hospital. 

Justeru pihak pengurusan hospital mengambil langkah drastik dengan memecat Riga kerana dia telah melakukan kesalahan sama beberapa kali sebelum ini. 

Juga menjadi kesalahan membawa telefon selular masuk ke dalam bilik bedah.



Riga turut dijangka akan menerima hukuman berganda apabila nama dan kesalahan disiplinnya diserah ke Badan Kepegawaian dan Pengembangan Sumber Daya Manusia (BKPSDM) Kabupaten Aceh Tengah. 

Dia mungkin terpaksa membayar denda kerana telah melanggar disiplin yang menjadi syarat dalam perjanjian kerja.

Tambah Gusnarwin, peristiwa itu menjadi pengajaran kepada petugas kesihatan agar sentiasa mengamalkan disiplin kerja dan sikap profesionalisme yang tinggi ketika bertugas. 

Jika tidak, tindakan disiplin akan diambil termasuk boleh dibuang kerja. - KitaReporters


12
20
0
17
0

Copy Link: