Apa nak jadi Nikita Mirzani? Dedah sering berhubungan seks dengan kekasih! Tetapi tetap solat subuh!

Published by
KitaReporters

NIKITA Mirzani bersama Antonio Dedola. - Kredit foto : Instagram @nikitamirzanimawardi_172


ARTIS cantik, Nikita Mirzani yang begitu terkenal dengan kontroversi negatifnya dalam dunia hiburan Indonesia sekali lagi membuat pengakuan mengejutkan kepada masyarakat apabila dia tanpa segan dan silu mengaku sering mengadakan hubungan ranjang dengan kekasih baharu seorang lelaki Inggeris, Antonio Dedola. 

Menurutnya, Antonio adalah seorang lelaki yang tulus dan memenuhi kriteria lelaki dan ciri-ciri sedemikian  yang menjadi idaman artis wanita beragama Islam itu.


Lagi cerita-cerita sensasi berkaitan pelakon Nikita Mirzani

NIKITA MIRZANI


``Walaupun saya selalu melakukan hubungan terlarang tetapi saya tidak pernah lupa solat subuh dan saya bangun awal untuk mandi wajid sebelum mengerjakan solat. 

``Bersetubuh memang  berdosa tetapi dia (Antonio) begitu enak buat saya,’’ kata Nikita Mirzani yang berusia  37 tahun dan setakat ini sudah tiga kali berkahwin tetapi gagal.

Meskipun netizen mengecam dengan perbuatan yang mengaibkan dirinya serta dilarang agama Islam tetapi Nikita Mirzani yang berasal dari Jakarta itu tidak mengambil peduli asalkan dia dapat hidup bahagia dengan kekasihnya.


TANPA segan dan silu, Nikita Mirzani mengaku hubungan ranjang bersama Antonio Dedola - Kredit foto: Instagram @nikitamirzanimawardi_172


Sebelum itu, pada pertengahan 2020 dunia hiburan  tanah air di negara itu dikejutkan dengan pengakuan berani Nikita Mirzani bahawa hubungan dia dengan lelaki lain iaitu seorang artis kacak, Vicky Nitinegoro.

Bagaimanapun, hubungan kedua-dua artis berkenaan berakhir dengan perpisahan walaupun mereka masih berkawan.


VICKY NITINEGORO - Kredit foto : Instagram @vickynit13


Artis seksi itu mendedahkan secara terbuka kisah cintanya yang terbaharu dengan Antonio Dedola semasa menjadi bintang tamu dalam acara Dua Gacor dalam YouTube Channel Nexera Entertainment di Indonesia pada 12 Januari 2023 lalu.

Portal TribunKaltim.com pada 16 Januari 2023 dipetik berkata, Antonio adalah seorang lelaki mantap dan hebat segalanya bagi Nirkita Mirzani yang akan menjadikan lelaki itu sebagai pendamping hidupnya tidak lama lagi.

``Saya mengenali dia (Antonio) sudah lama tetapi ketika itu saya tidak yakin lagi untuk menerima cintanya.

``Tulus banget dia, ganteng banget juga, gue juga rasa dia itu tulus banget saat gue tes gitu kan,’’ ujarnya yang turut mengejutkan pengacara Dua Gacor, Mang Osa, dengan pengakuan Nikita Mirzani berterus terang tentang hubungan sulit  dengan kekasihnya. 

Sehingga kini, artis tersebut yang mempunyai tiga anak itu sering dilihat bersama kekasihnya  berasal dari Jerman dan bertugas sebagai pegawai polis di negaranya.


Kredit foto : Instagram @nikitamirzanimawardi_172


Sebelum berkasih dengan Antonio Dedola, Nikita Mirzani mengaku secara terbuka bahawa dia sedang dilamun cinta dengan Vicky Nitinegoro juga berasal dari Indonesia.

Portal berita padangkita.com dipetik melapor, Vicky Nitinegoro seorang duda yang telah berpisah dengan isterinya sejak 12 tahun lalu sebelum bercinta dengan Nikita Mirzani. 

Nikita ketika itu, dikatakan menjadi heboh dalam media sosial selepas memuat naik sebuah video tentang hubungan cinta yang begitu hangat dengan artis kacak itu.

Tanpa malu lagi, artis wanita cantik itu mengaku bahawa dia selalu tidur bersama Vicky Nitinegoro tetapi hubungan asmara mereka tidak begitu lama akibat tidak secocok. - KitaReporters


Kredit foto : Instagram @nikitamirzanimawardi_172

7
15
0
10
2

Copy Link: