“Tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa yang tahu.” Pepatah Melayu tersebut selayaknya diberikan kepada orang kelainan upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 31, atau lebih dikenali dengan panggilan “Awie”  dalam kalangan penduduk Kuala Besut,Terengganu. : KitaReporters

Mohamad Najmi Daud (Awie) menerima surat penghargaan dari Ketua Balai Polis Kuala Besut


(Cerita awal: Awie kamu hero! OKU usaha bantu mangsa lemas di Kuala Besut!)

Apa tidaknya dua hari lalu selepas Awie digelar sebagai "Hero Kuala Besut" apabila dia terjun ke sungai untuk menyelamatkan mangsa lemas di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, beliau diberi pengiktirafan oleh pihak berwajib kerana sikap prihatin beliau kepada insan yang memerlukan bantuan.

Kini namanya menjadi sebutan bukan sahaja dalam kalangan netizan media sosial, malah penduduk setempat yang memberi pelbagai gelaran dan menjadi kebanggaan kepada penduduk pekan nelayan itu.

Sikap berani dan keprihatian sebagai OKU untuk menyelamatkan mangsa lemas dianggap luar biasa, malah dalam kalangan manusia normal pun jarang yang berani terjun sungai seperti dilakukan oleh Awie.

Mohamad Nazmi Daud


Tidak hairanlah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Besut hari ini, Ahad 11 Oktober 2020 mendahului jabatan dan agensi kerajaan lain untuk menyampaikan surat penghargaan dan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada wira Kuala Besut tersebut.

Majlis penyerahan surat dan sumbangan telah dilakukan oleh Ketua Balai Polis Kuala Besut yang diadakan secara tertutup.

Kejayaan Awie menerima penghargaan daripada PDRM dikongsi oleh netizen menerusi media sosial yang memuji usaha dilakukan oleh Awie yang cuba menyelamatkan mangsa lemas pada 9 Oktober 2020.

Tular dalam Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) berita Awie terima surat penghargaan dari polis.


Dalam kejadian itu, mangsa Azman Che Mat, 45, dari Kampung Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan, terjatuh ke dalam sungai dan lemas ketika menjala ikan di Kompleks LKIM Kuala Besut.

Awie yang mengetahui kejadian itu terus bergegas ke lokasi kejadian dan berusaha membantu menyelamatkan mangsa tetapi mangsa didapati hilang. Mayat mangsa ditemui Awie kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Mohamad Najmi Daud atau Awei

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, beliau sendiri yang mencadangkan pemberian surat penghargaan dan sumbangan kepada Mohamad Najmi kerana sikap prihatin OKU itu membantu pihak PDRM. 

“Manakala sumbangan peribadi kepada Awie disediakan oleh seorang pegawai kanan dari IPD Besut,” katanya. - KitaReporters

Ada pengusaha sekolah memandu daerah Besut pula memberi lesen motosikal percuma kpd Awei. - Kredit foto FB

35
53
13
7
1

Copy Link: