GARA-GARA memicit jerawat pada bahagian dagu, seorang lelaki dari bandar Changzhou, China berdepan dengan kematian selepas mengalami kesukaran bernafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di bandar itu dan dimasukkan ke wad ICU baru-baru ini. : KitaReporters


TERPAKSA dikejarkan ke hospital dan ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disahkan jangkitan kuman di bahagian paru-paru. Kredit Foto Stesen Televisyen Jiangsu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=China


Memetik laporan DailyStar.co, lelaki yang dikenali sebagai Chen itu merasa tidak selesa selepas memicit jerawat yang tumbuh pada dagu sehingga menyebabkan suhu badannya meningkat dengan tiba-tiba

Isterinya, Tian berkata suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas sukar bernafas selain mulut membengkak dengan tiba-tiba selepas tindakannya memicit jerawat berkenaan.


DIRAWAT selama sebulan di ICU dan berada dalam keadaan krtikal sebelum kembali stabil.


“Dia mempunyai jerawat pada bahagian dagunya dan saya memberitahu supaya tidak mengusiknya, namun siapa sangka tindakan mengutil jerawat itu bertukar menjadi serius, sekali gus menyebabkan kesukaran bernafas,” ujarnya.

Doktor yang merawat kemudian mengesahkan Chen mengalami jangkitan kuman pada bahagian paru-paru sehingga organ berkenaan tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan berada dalam keadaan krtikal.

Kesan daripada itu, suaminya ditempatkan di wad ICU selama sebulan sebelum keadaan menjadi lebih stabil.

Sehingga kini Chen masih menjalani rawatan susulan.


Kawasan seti tiga kematian yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seseorang. - Kredit foto: Dailymail.co


Sementara itu, pakar yang merawatnya, Dr. Zhu menyifatkan Chen berada dalam kritikal selepas jangkitan pada bahagian mulut sebelum merebak ke bahagian paru-paru, sekali gus menyebabkan organ berkenaan tidak dapat berfungsi. 

Beliau menjelaskan jangkitan paru-paru yang dialami Chen dikesan selepas pesakitnya itu memecahkan jerawat pada bahagian dagunya, yang merupakan sebahagian dari kawasan “Segi Tiga Kematian.”

Kawasan yang dimaksudkan itu melibatkan dari pangkal hidung ke bahagian di kedua-dua sisi bibir.

Terangnya lagi, kawasan berkenaan merupakan tempat paling sensitif dan sentuhan pada bahagian itu mampu mengundang kesan berbahaya terhadap kesihatan menyeluruh manusia.

Hati-hati jangan kerana mahu picit jerawat! Kelak nyawa pula melayang! - KitaReporters

1
5
0
0
0

Copy Link: