Tabung Kemanusiaan Pahang4Palestin dilancarkan oleh kerajaan Negeri Pahang sebagai tanda ukhwah dan solidariti dengan rakyat Palestin


PEMANGKU Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan buat rakyat Palestin yang berdepan serangan rejim Zionis Israel.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, baginda berkenan agar Elaun Diraja berkenaan disumbangkan  ke Tabung Pahang4Palestin yang dilancarkan oleh kerajaan negeri sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin.

"Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini dan menjadi pembakar semangat dalam membela serta memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas, oleh kekejaman rejim Zionis Israel" katanya menerusi laman sosial Faceooknya, pada 22 Mei 2021.

Terdahulu, Wan Rosdy memaklumkan Kerajaan Negeri Pahang melancarkan Tabung Pahang4Palestin sebagai tanda uhkwah serta solidariti dan tabung kemanuisaan itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Tok Gajah.

Mereka yang berminat boleh menyumbang kepada akaun Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan Pahang4Palestin. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
0
0

Copy Link: