Video| Solat tarawih paling lama di dunia! Sehingga lapan jam! Langsung khatam 30 juz al-Quran!

Published by
KitaReporters


BULAN Ramadan adalah bulan penuh pahala, setiap amalan baik yang dilakukan pasti mendapat pahala berganda.

Menjadi kelaziman kepada umat Islam untuk mengerjakan solat sunat tarawih sepanjang bulan mulia ini

Solat sunat berkenaan sangat digalakkan, dan sering dilakukan sebanyak lapan rakaat  atau 20 rakaat serta solat sunat witir tiga rakaat.

Tidak kira berapa jumlah rakaat yang dilaksanakan ia pasti jadi perkara ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia semasa bulan puasa ini


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan solat sunat tarawih


Terbaharu tular dalam media sosial apabila menunjukkan sebuah sekolah agama di Indonesia mengadakan solat tarawih paling lama

Video berkenaan dimuat naik oleh pemilik akaun @maat_smart menunjukkan semua pelajar sekolah Pondok Pesantren (Ponpes) Al-Falah di Kampung Temboro, Magetan, Jawa Timur sedang mengerjakan solat sunat berkenaan.

Berdasarkan video itu, jemaah sekolah agama tersebut melakukan solat tarawih yang paling lama tempohnya yang mengambil masa sehingga lapan jam.



Alamak lamanya...

Solat tarawih itu dikatakan  bermula selepas isyak atau pada pukul 7 malam dan berakhir kira-kira 3 pagi.

Menariknya mereka hanya mengerjakan solat sunat sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir tiga rakaat.

Namun apa yang membuatkan solat tarawih sekolah agama berkenaan menjadi panjang adalah imam solat berkenaan membaca satu atau dua juz al-Quran pada setiap rakaat sehinggalah khatam 30 juz.

Patutlah sahingga lapan jam.  - KitaReporters


11
10
0
13
0

Copy Link: