Bila kita sebut rider atau penunggang motosikal yang menjadi  penghantar makanan pasti kita akan terlintas pad fikiran penunggang motosikal lelaki.


 


Siapa sangka ada juga rider penghantar makanan wanita yang menjadikan bidang kerjaya ini sebagai mata pencarian utama bagi menampung keperluan seharian keluarga. 

Demi sesuap rezeki yang berkat, seorang penghantar makanan wanita sanggup berpanas dan berhujan menjadi rider penghantar makanan demi kelangsungan hidup. 

Ibu tunggal muda ini, Ong Lay Kim, 25, merupakan seorang ibu tunggal sanggup mengadai nyawa menunggang motosikal siang dan malam untuk membesarkan anaknya.


 


"Saya menjadi penghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021 kerana ketika itu, ini sahaja pekerjaan yang mudah didapati. 

"Kerja ini tidak mudah kerana saya mengadaikan nyawa menunggang motosikal dalam cuaca panas dan hujan tetapi saya tiada pilihan lain. 

"Saya ada seorang anak berusia lapan tahun yang saya perlu jaga dan besarkan. Jadi saya terpaksa lakukan kerja ini. 

"Kerja ini flesible untuk saya pulang ke rumah bila-bila masa untuk jaga anak saya jika dia sakit yang turut dibantu oleh ibu saya di rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kapeh, Segamat pada 23 April 2026 lalu.


 


Tambah Ong, pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi rider adalah terjatuh dari motosikal sewaktu hujan lebat kerana keadaan yang licin. 

"Saya mengalami sedikit kecederaan sewaktu terjatuh daripada motosikal tetapi saya tetap gagahkan juga diri menunggang motosikal untuk mengambil tempahan makanan. 

"Saya kuatkan semangat demi kelangsungan hidup dan demi keluarga. Ini sahaja mata pencarian saya,"nkongsinya sebak.



Penulis merasa bangga dan kuat semangat apabila melihat semangat adik Ong ini yang tidak memilih kerja serta bekerja keras untuk membesarkan anaknya dengan tulang empat keratnya sendiri. 

Semangat ini patut kita ambil untuk lebih bekerja keras dan kisah ini boleh dijadikan teladan jika kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dan dia tidak berputus asa untuk mengubah nasibnya. - KitaReporters

10
15
0
4
0

Copy Link: