Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut diiringi Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan Tauliah Pelantikan kepada 79 Ahli Jawatankuasa di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi sesi 2024/2025.

Baginda turut diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail sempena Majlis Berbuka Puasa Iftar Jamaie di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur pada 23 Mac 2024.

Kesemua mereka yang dilantik ini memegang jawatan mulai 1 Januari 2024 hingga 1 Disember 2025.


Raja Muda Perlis berkenan mengurniakan Tauliah Pelantikan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis 


Raja Muda Perlis berkenan mengurniakan Tauliah Pelantikan kepada Rektor KUIPs, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.


Mereka terdiri daripada Ahli Majlis, Jawatankuasa Fatwa, Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Kewangan dan Pengukuhan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengukuhan Inisiatif, Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan, Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf, Sumber Am dan Tebus Pusaka.

Turut menerima ialah Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam, Jawatankuasa Pembangunan Ummah Dan Risalah, Ahli Lembaga Pengarah KUIPs Sdn. Bhd. dan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd.


Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor menyampaikan taklimat.

Terdahulu kesemua mereka diberikan taklimat berkaitan pelaburan di negeri Perlis oleh Dr. Puteh Soraya A Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dan Taklimat Pencapaian MAIPs Tahun 2023 oleh Mohd Nazim Mohd Noor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs sebelum majlis berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih serta majlis penyampaian tauliah ahli-ahli jawatankuasa MAIPs.

Dalam pada itu Mohd Nazim berkata, dalam menjayakan agendanya yang ulung, MAIPs telah menggariskan Pelan Strategik 2021 - 2025 dan mewujudkan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 untuk memandu pengurusan MAIPs menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. 

Katanya, segala kerja buat yang dilaksanakan sentiasa mendapat nasihat dan saranan oleh ahli majlis dan jawatankuasa di bawah MAIPs.


Podcast Khas bertajuk Ramadan Yang Menginsafkan telah disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Menyoroti sejarah penubuhannya yang ulung, pelbagai inisiatif telah diusahakan MAIPs dari dahulu sehingga kini demi memastikan syiar Islam dan kemajuan sosial umat Islam di Perlis sentiasa diperteguh.

MAIPs juga sentiasa komited melaksanakan fungsi dan peranannya seperti yang termaktub di dalam dokumen penubuhannya.

Dalam majlis yang sama turut diadakan Podcast Khas bertajuk Ramadan Yang Menginsafkan yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. - KitaReporters


15
12
0
14
0

Copy Link: