Keluarga Malaysia: Terima kasih Jazri Danish! Sumbang basikal elektrik! Untuk kegunaan warga emas!

Published by
KitaReporters


HARAPAN seorang warga emas di Kampong KEDA, Keledang, Baling untuk memiliki sebuah basikal elektrik tercapai apabila ada insan prihatin yang membaca luahan rasanya yang didedahkan melalui portal KitaReporters baru-baru ini.

Sumbangan dilakukan di rumah warga emas berkenaan, Tajudin Ahmad, 69, di Kampong KEDA, Keledang pada 4 Mei 2022 lalu.


Keluarga Malaysia: Tolong kami! Bantu Tajuddin Ahmad! Rayu sumbangan untuk beli basikal elektrik! - KitaReporters


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tolong kami, bantu kami


Penyumbang prihatin, Jazri Danish, 25, dari Rawang, Selangor memberitahu KitaReporters, beliau amat terkedu bila membaca berita berkenaan.

Kesusahaan warga emas yang hanya mengayuh basikal tua dari rumahnya untuk membeli barang keperluan harian keluarganya setiap hari sejauh lebih 5 kilometer ke pekan Kuala Pegang, Baling itu menarik perhatian Jazri.

Jelasnya, beliau tidak dapat bayangkan warga emas yang semakin uzur itu sanggup berkayuh setiap hari untuk membeli makan keluarganya dalam keadaan kadang-kadang cuaca panas dan hujan. 



Katanya, setelah berbincang dengan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk membeli sebuah basikal elektrik untuk dihadiahkan kepada warga emas berkenaan dengan membawanya dengan kenderaannya dari Rawang ke rumah Tajudin di KEDA, Keledang, Baling.

Sementara itu, Tajudin yang sebak dengan hadiah itu mengucapkan terima kasih pada Jazri yang begitu jauh sanggup datang dalam keadaan jalan raya yang begitu sesak sempena Hari Raya Aidilfitri. - KitaReporters


11
10
0
12
0

Copy Link: