KETIKA rakan-rakan lain seusia sedang ralik menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan-rakan, seorang budak yang memiliki kebolehan luar biasa dan hanya berusia 12 tahun akan menjadi mahasiswa bidang Kejuruteraan Aeroangkasa paling muda di dunia apabila mendaftar di universiti berprestij dunia, Georgia Institute of Technology (GeorgiaTech) nanti. KitaReporters

CALEB Anderson ketika usianya 11 tahun selepas tamat pengajian bidang kejuruteraan Aeroangkasa di Chattahoochee Technical College. Foto kredit CBS


Lagi cerita-cerita berkaitan murid sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=murid


Wow hebatnya!!! 

Memetik dailymail.co, budak genius itu, Caleb Anderson dari Marietta, Georgia, Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden universiti, Professor Mark Costello, pada awal bulan Oktober 2020 ini dan akan mendaftar dalam masa terdekat.

PRESIDEN GeorgiaTech, Prof Mark Costello menerangkan sesuatu dalam pertemuan di universiti berprestij di dunia itu, baru-baru ini.



Kebolehan luar biasa dan pengetahuan yang dimiliki Caleb telah mengejutkan pihak pentadbiran universiti berkenaan. 

Menurut ibunya, Claire Anderson, anak lelakinya menunjukkan kebolehan luar biasa sejak usia masih kecil malah berkeupayaan membaca dan menunjukkan kebolehan dalam matematik ketika usianya dua tahun.

Malah dari usianya sebulan dia sudah pandai mengikut  memek muka ibunya berkomunikasi.

“Saya tidak fikir apa yang dilakukan Caleb adalah perkara biasa," ujarnya.

GEORGIA Institute of Technology atau GeorgiaTech yang terletak di Atlanta yang mempunyai kira-kira 36,000 mahasiswa dari seluruh dunia.


BERSAMA ibu bapanya yang banyak memberi dorongan kepadanya sehingga menjadi apa yang dimiliki hari ini.


Selain mahir berbahasa Inggeris, anak kepada pasangan, Kobi Anderson dan Claire Anderson itu juga fasih dalam beberapa bahasa lain termasuklah bahasa Perancis, Sepanyol dan Mandarin. 

Sebelum mendaftar ke universiti berkenaan, Caleb telah menamatkan pengajian pada peringkat sekolah tinggi pada usia 11 tahun dan kemudian meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Chattahoochee Technical College.

Wow!!! kalau di Malaysia usia itu baru selesai UPSR tapi dia dah melangkah ke U.


Sementara itu Caleb yang sangat merendah diri sering mengakui dirinya bukan seorang yang genius sebaliknya hanya seorang yang ‘cepat tangkap’ dengan memahami maklumat dengan cepat.

Tulah... genius namanya dik!!

Kongsinya lagi, dia kini sedang menghitung hari untuk memasuki kuliah bersama rakan-rakan yang baharu walaupun mempunyai perbezaan usia yang jauh.

Nanti jangan ada kes buli ye... maklumlah usianya masih kecil.

Semoga Caleb dapat menjalani kuliah dengan baik-baik sahaja dan berjaya menjadi orang berguna suatu hari nanti. Good Luck Caleb!! KitaReporters

2
4
0
0
0

Copy Link: