"Syurgalah tempat mu nak..."  Demikian luahan penyanyi terkenal, Datuk Hattan ketika meluahkan rasa geramnya terhadap pembunuh Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7,  yang ditemui mati dipercayai didera dalam satu kejadian di rumahnya di Melaka Tengah, Melaka pada 30 Januari 2021.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan penderaan:

https://kitareporters.com/search?search=penderaan


Bergembiralah wahai penghuni syurga. - Kredit gambar: FB Murfarwa Farid.



Sepatutnya kasih ibu membawa ke syurga dan tetapi ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sebegini. Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai akibat didera dan `dibiarkan` mati dalam tong air yang setinggi 60 sentimeter di rumahnya di Taman Kerubong Jaya, Melaka.

Kes ini menjadi viral ke seluruh negara, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat kerana kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mangsa terbabit di bawah jagaan ibu kandung, seorang suri rumah dan bapa tiri. 


Tong tu dikatakan adik Amir ditemui lemas.


Adik Amir sebelum itu diserahkan asuhan kepada ibu angkatnya, Norlida Abu Hassan dari usia 2 bulan dan ketika usia tujuh tahun untuk memulakan persekolahannya, ibunya meminta dikembalikan kepadanya. 

Dan dalam satu kenyataan oleh ibu angkatnya, dia tiada niat untuk berebut kasih sayang anak itu dan pada 13 Oktober 2020, Amir dikembalikan pada keluarga asalnya. 

Malangnya, hayat anak itu sempat hidup selama tiga bulan saja `di tangannya`.

"Tuhan sekiranya ada hukuman yang paling berat yang Engkau boleh beri pada seseorang manusia, Engkau berikanlah hukuman berkali ganda kepada pembunuh adik Amir." kata seorang lagi netizen yang juga pemilik Facebook, peguam, motivator dan penulis, Mufarwa Farid.



"Banding zaman bujang, apabila sudah memiliki anak sendiri, sebak dan rasa marahnya meningkat beratus kali ganda. Rasa macam berlaku kepada anak sendiri, apabila seorang kanak-kanak didera dan meninggal dunia dalam tong air, perasaan marah, sedih, empati, simpati ni bercampur baur.

"Orang yang buat macam ini kat kanak-kanak lebih-lebih lagi anak sendiri adalah manusia sejahat-jahat manusia," katanya lagi.



Faedz Nordin yang dalam komen dalam Facebook penulis itu pula membuat kesimpulan, "Mak kandung lagi teruk dari binatang."

Laily Nasuha pula ketika meluahkan perasaan sebaknya menulis, "Argh penat baca kisah sedih bab dera budak ni. Farid ada baca tak tentang kisah Jung Eun, baby yang meninggal dunia sebab didera oleh keluarga angkatnya? Kisah dera tu pun sadis nak dibayangkan."

Jaapar Al Malik dalam sebuah lontaran komennya dalam FB yang sama berkata, dia sampai tak boleh nak menulis sebab takut terlampau banyak perkataan kurang ajar dan mencarut yang keluar.

Farid, peguam di Messrs Hanif Hassan & Co turut mencatatkan bentuk hukuman bagi penderaan kanak-kanak yang terbahagi dalam bebeberapa katogeri. 

Di bawah seksyen 232 Kanun Keseksaan mendera tapi tidak cedera hukuman penjara maksimum adalah 1 tahun dan denda tidak lebih RM2,000. Manakala jika perbuatan mendera sampai mati dan deraan itu kebiasaannya memang akan akibatkan kematian, tertuduh oleh disabitkan hukuman mati di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Momen dilalui oleh adik Amir sebelum meninggal dunia.


Masyarakat sekali lagi digemparkan dengan peristiwa anak kedua daripada empat beradik itu ditemui lemas di dalam tong air di rumah ibu kandungnya yang berusia 43 tahun. 

Beberapa video dan gambar mengenai perpisahan Amir dengan keluarga angkatnya ternyata merobek rasa pilu dan kemarahan meluap seluruh warga netizen yang melihatnya.

Sementara, seorang jiran yang memuat naik gambar Amir yang disiarkan dalam laman viral menunjukkan mangsa sedang merenung jauh di tingkat rumahnya.

Dia yang memberitahu akhbar tempatan, kerap mendengar kanak-kanak menangis dari rumah itu dan tidak begitu mengambil berat kerana perbuatan itu juga berlaku pada anak-anak kecilnya.

Jiran itu berkata, anak-anaknya suka berkawan dengan Amir tetapi kebanyakan masa mangsa seperti`terperap` di rumahnya. Malah anaknya cuba mengajak mangsa berbual tetapi tidak dilayan kerana Amir terus `menghilangkan` diri di dalam rumahnya.



"Hanya selepas saya melihat ambulans di depan rumah mangsa, barulah diberitahu oleh ayah tirinya tentang kematian anaknya dan ibunya ketika itu dikatakan tersandar di kerusi, menangis. 

"Bila saya tanya kakitangan perubatan itu, mereka beritahu Amir sudah lama meninggal dunia," kata jiran itu lagi.

Seorang lagi netizen `terkejut` apabila melihat netizen yang disifatkannya sedang `berkenduri` dalam FB ibu kandung Amir apabila melihat komen (dibaca `makian`) saja cecah 9.6k dan emotikon pelbagai bentuk. 

Malah ketika dia sedang melayari laman itu, ada kira 100 komen baru sedang mencurah masuk.

"Malam ini rasanya mungkin cecah 50k. Rasanya wall Datuk Seri Najid pun boleh kalah ni. Kalau kat Youtube, maunya beribu duit dia dapat ni," katanya.

FB Gahar Gilah yang menulis Amir yang malang, turut menyertakan beberapa keping foto termasuk tong biru yang dikatakan tempat Amir ditemui lemas serta mangsa yang kelihatan begitu manja dalam pelukan ibu angkatnya Norlida di sebuah restoran.



Kemudian berturutan komen yang tertera di FBnya termasuk daripada Bunga Salju," Semakin kejam manusia di akhir-akhir ini,".

Seorang lagi, Jass terut meluahkan sepatah saja komennya, "Setan". 

Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar bawah) dalam kenyataan memberitahu sehingga September 2020 sebanyak 3,875 kes dera kanak-kanak direkodkan.



Beliau sangat kesal sambil bertanya, "Apakah sudah tiada nilai kasih sayang terhadap anak kecil? Mungkinkah personaliti atau sikap ibu bapa menjadi faktor dalaman yang menyumbangkan kepada kes penderaan ini?

"Apakah perlu ada satu garis panduan atau model pembinaan keluarga yang bahagia dan selamat untuk dilaksanakan?. Sayu hati ini melihat anak-anak kecil ini diperlakukan sedemikian rupa. 

"Moga arwah adik Amir ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh...Aamin. Alfatihah." 

Kitareporters turut mengucapkan salam takziah buat keluarga adik Amir. - KitaReporters


2
0
3
0
1

Copy Link: