Tanjak kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terutama sebagai aksesori penting dalam majlis perkahwinan, acara kebudayaan dan juga lebaran seperti hari Raya Aidilfitri.


Muhammad Afiq Nasrullah Mohd Fauzi, 8 tahun, ceria dan bersemangat dengan tanjak yang dipakai pada pagi lebaran.

Aidilfitri yang disambut meriah pada 21 Mac 2026 turut dihiasi dengan pelbagai kostum yang menarik dan tradisional.

Bagi famili Mohd Fauzi Alias dan Nuratikah Mohd Ali dari Ampang, Kuala Lumpur, Aidilfitri disambut dengan pakaian baju Melayu serta tanjak di atas kepala seperti zaman dulu-dulu.

Mohd Fauzi ketika ditemui berkata, beliau sememangnya ingin menerapkan budaya cinta pada seni dan tradisi Melayu pada anak-anak.


Muhammad Adam Nasrullah Mohd Fauzi,12 tahun, manis bergaya dengan tanjak pada kepala sempena Aidilfitri.

Muhammad Akram Nasrullah Mohd Fauzi,10 tahun, berasa selesa memakai tanjak pada kepala pada sambutan Aidilfitri tahun 2026 ini.

Sebagai permulaan katanya, memakai tanjak mahupun tengkolok adalah salah satu usaha menanam sifat cinta kepada seni dan budaya Melayu sejak kecil lagi kepada anak-anaknya yang masih berada di sekolah rendah.

Muhammad Adam Nasrullah, 12 tahun, dan Muhammad Akram Nasrullah, 10 tahun, serta Muhammad Afiq Nasrullah, 8 tahun, tidak sedikit pun merasa kekok atau malu memakai tanjak mahupun tengkolok.

Yang pasti, usaha Mohd Fauzi dan Nuratikah menjadikan kostum tradisi Melayu bagi sambutan Aidilfitri tahun 2026 ini seharusnya menjadi ikutan dan teladan agar ia tetap segar dan mekar di sanubari anak-anak.


Keluarga Mohd Fauzi Alias dan Nuratikah Mohd Ali dari Ampang, Kuala Lumpur.


Sementara itu, Pelita Gergasi sudah ada di negeri Kedah sejak 10 hingga 29 Mac 2026.

Pelita Gergasi sempena Festival Pelita Raya Utara 2026 yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar dipenuhi dengan 7,000 pelita.

Sebanyak 6,000 pelita merupakan pelita besi, manakala 1,000 lagi adalah pelita buluh dengan pelbagai bentuk replika.


Festival Pelita Raya Utara 2026 di Alor Setar, Kedah sehingga 29 Mac 2026.

Pelita Gergasi berukuran 20 meter lebar dan 15 meter tinggi.

Satu replika dipenuhi pelita dengan nama Kedah berdiri gagah pada malam hari.

Ada pelita yang dihiasi menjadi replika keris, Masjid Zahir, Menara Alor Setar, kapal terbang dan pelbagai jenis replika lagi.

Lebih menarik apakala Pelita Gergasi berukuran 20 meter lebar dan 15 meter serta lilitan berukuran 65 meter berpotensi mengatasi rekod Pelita Terbesar Dunia yang berada di Alberta, Kanada.


Replika keris yang turut menjadikan pelita sebagai hiasan.

Satu lagi hiasan replika yang berjaya dicipta pada Festival Pelita Raya Utara kali ini.

Pelita yang berkonsepkan warisan Melayu ini mampu mengembalikan nostalgia zaman dahulu kala, yang mana kita sedia maklum, pelita adalah satu keperluan setiap rumah sejak zaman dulu-dulu lagi. - KitaReporters

Kalimah Allah juga tersergam indah dengan hiasan pelita pada Festival Pelita Raya Utara di Kedah.


19
17
0
12
0

Copy Link: