Video| Nasi tikus satu? Pekerja Nepal sebenarnya nak order nasi kukus! Warganet tak kering gusi!
Published byGara-gara tersilap sebut, seorang warga Nepal menjadi tumpuan ramai dalam TikTok apabila menyebut ‘nasi tikus’ ketika ingin memesan makanan, sedangkan yang dimaksudkannya ialah nasi kukus.
Peristiwa lucu itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @tungauhalus, yang juga pemandu lori, dengan kapsyen berbunyi “Nepal oder nasi tikus” disertakan tanda pagar #abgdrebar #drebalori #nepali #freepalestine🇵🇸❤.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan gelagat spontan rakannya yang tanpa sengaja menukar sebutan makanan popular Malaysia itu.
Menurut @tungauhalus, rakannya sudah diajar menyebut nasi kukus dengan betul, namun mungkin kerana gugup atau tersalah dengar, perkataan itu bertukar menjadi nasi tikus ketika berdepan dengan penjual di kedai makan.

“Dia tak tahu tapi pernah dengar. Dekat lori dah ajar nasi kukus. Sampai kedai, nasi tikus dia order,” tulis @tungauhalus dalam ruangan komen sambil ketawa.
Video itu kini meraih lebih 148.3k tontonan, 258 komen dan terus mencuri tumpuan netizen kerana lawak semula jadi dan loghat warga asing yang mengundang tawa.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan jenaka balas.
Seorang netizen menulis, “Janji ada ‘kus’ kat belakang. Itu belum dia jual kuih ‘kamal’,”. Manakala seorang lagi berseloroh, “Nasi tikus ke nasi kukus? Nasi tikus tak jual kat Malaysia!”
Kisah itu juga mengundang ramai orang berkongsi pengalaman lucu mereka ketika berdepan salah sebutan dengan warga asing.

Seorang netizen berkongsi pengalaman, menulis, “Jiran Pakistan saya nak beli ayam cencang tapi dia sebut ayam cincong.” Balas @tungauhalus, “Hahaha memang lawak diorang ni, saya hari-hari ketawa.”
Lebih mencuit hati, seorang netizen lain turut berkongsi cerita, “Terkenang anak bos kat Singapura. Dia pergi kedai nak beli mi siam tapi cakap ‘I want mi siam but don’t put kucing’ sebab dia tak suka kucai!”

Sungguhpun begitu, rata-rata netizen memuji cara @tungauhalus berinteraksi secara santai dan tidak memperlekeh rakannya yang berasal dari Nepal.
Sebaliknya, ramai menganggap momen itu sebagai bukti keharmonian dan keakraban antara rakyat tempatan dengan pekerja asing di Malaysia.
“Kadang-kadang mereka ni buat kita ketawa tanpa
sengaja. Salah sebutan bahasa pun boleh jadi bahan lawak satu lori,” katanya
lagi dalam satu balasan komen lain.
Sikap positif @tungauhalus yang tetap menghargai dan bersahabat dengan pekerja asing tanpa memandang rendah boleh dicontohi.
Video tersebut bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memperlihat sisi mesra rakyat Malaysia yang sentiasa terbuka menerima perbezaan budaya dan bahasa. - KitaReporters

