CAMILLA Andrew Parker yang menjadi Permaisuri England kini pernah menyindir bekas isteri Raja Charles, Lady Diana Spencer sebagai boneka, cantik dipandang dan sesuai sebagai bahan pameran saja tetapi cinta dan hati raja itu sebenarnya adalah milik dia.

Manakala Diana pula menggelarkan wanita itu anjing baka Rottweiler dan media pula menggelarnya sebagai wanita muka kuda.

Ratu Camilla dan Raja Charles diberi wajah baharu sebagai boneka itu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dibentuk menggunakan reka bentuk 3D. 

Ternyata kali ini Camilla pula 'termakan' balik kata-katanya itu apabila dia diperhias sebagai boneka Barbie yang baharu bersama Charles ketika filem Barbie mula menjadi penasaran di seluruh dunia dan sehingga kini filem itu dikatakan hampir mencecahkan kutipan lebih RM1 bilion (AS$400juta).


Vintage Prince Charles and Diana Commemorative Doll Set MIB ...Dulu Charles dan Diana dibentuk boneka Barbie guna bahan plastik.


Camilla dikatakan suka sangat bila dia menjadi boneka sebab dikatakan memuja kuasa wanita. (Bagaimanapun, News International pula kaitkan wanita itu dengan kaki mabuk, penipu, penyondol dan selalu berlaga angin dengan menantu). 

Apa yang dia tidak tahu Barbie itu adalah satu fenomea atau mainan "kegilaan" dalam kalangan kanak-kanak perempuan dari usia di bangku sekolah sehingga mereka dewasa.

Sudah tentu dia lagi kagum jika diberitahu sehingga kini ada koleksi Barbie itu sudah dijual lebih satu bilion unit di seluruh dunia.

Malah boneka Totally Hair iaitu Barbie yang memiliki rambut panjang macam Repunzel itu antara ikon utama Mattel Amerika Syarikat yang berjaya dijual hampir 10 juta unit. 

Dengan tambahan filem terbaru filem Barbie 2023 sudahpun mencecah kutipan lebih AS$200 juta (lebih RM900 juta) dan dijangka mencapai AS$400 (lebih RM1.8 bilion) juta tidak lama lagi, bermakna koleksi boneka itu semakin bertambah jualan dalam beberapa bulan lagi.



Business News York CNN  Totally Hair” Barbie melaporkan jualan boneka itu telah memecah Guinness World Records.  Barbie rambut panjang yang dikeluarkan pada 1992 itu dianggap patung mainan terbaik keluaran Mattel Amerika Syarikat sejak 64 tahun lalu.  

Barbie yang nama sebenarnya Barbara Millicent Roberts adalah ciptaan Ruth Handler berdasarkan dua anak perempuan dan lelakinya.

Ia sempena anak perempuannya, Barbara. Kemudian Barbie diberikan teman lelaki yang diberi nama Ken sempena anak lelakinya, Kenneth Sean Carson. Macam kenyataan Mattel, maka lengkaplah bagi setiap rumah yang anak perempuan, sekurang-kurang mereka mempunyai sepasang boneka yang dijadikan teman permainan. 

Totally Hair Barbie direka oleh Carol Spencer didatangkan dalam pelbagai jenis rambut perang, coklet dan feysen bersama koleksi lain yang dinamakan African American Barbie, Totally Hair Ken, Totally Hair Skipper, Totally Hair Courtney, and a Totally Hair Whitney. 

Boneka ini dibekalkan dengan sikap rambut, klip rambut, gel rambut dan kasut tumit tinggi warna pink.



Forbes memetik pengarah filem terbaru itu, Greta Gerwig yang memberitahu setakat ditayangkan pada 20 Julai 2023 (di Malaysia),  kutipan panggung sudah hampir satu billion ringgit dan dijangka mencapai sasaran 2 billion ringgit.

Barbie kali ini memaparkan gelagat sebagai boneka yang sebelum ini hidup dalam alam fantasi dengan  watak utama itu dilakonkan oleh Margot Robbie, Ryan Gosling, Issa Rae, Kate McKinnon dan Alexandra Shipp. 

Apabila mereka "dicampakkan ke dalam dunia sebenar, seluruh hidup mereka menjadi kecoh apabila terpaksa berdepan dengan hal-hal remeh yang dilalui manusia.

Lisa Mcknight, Naib Presiden dan Ketua Pengarah Barbie dan Boneka Mattel, berkata model asal boneka itu dibuat menggambarkan usia Barbie ialah 19 tahun. 

Barbie yang pertama dilahirkan pada 1959 dan kini Barbie berusia 63 tahun saja. Dan apabila Barbie disindir sebagai pejuang wanita, Mattel memberikan teman lelaki untuk Barbie iaitu Ken.

Namum dalam satu pencarian Wikipedia, walaupun Barbie ada kekasih dan teman-teman lain, boneka itu sampai akhirnya, tidak akan berkahwin.

Sehubungan itu juga, Mattel kini melancarkan "boneka pertamaku"  khas untuk kanak-kanak sebagai permainan yang sesuai dengan mereka yang berusia tiga tahun ke atas. - KitaReporters


19
5
0
13
0

Copy Link: