Video| Enggan membazir! Pakai baju lebaran yang sama sejak 10 tahun lalu! Terus pakai selagi selesa!
Published byIa boleh menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan yang akhirnya memakan diri.


Dalam soal pakaian misalnya, ramai yang membeli beberapa helai pakaian harga mahal daripada kebiasaannya untuk ditayang ketika berhari raya.
Cara seorang pemuda bernama Akhsan Nurkholish dari Cianjur, Jawa Barat, Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan ikut kemampuan perlu dijadi contoh.
Akhsan menggunakan baju lebaran (Aidilfitri) yang sama selama 10 tahun iaitu sejak 2016.
Dia yang bekerja di sebuah syarikat swasta berkata, menyambut lebaran perlu ala kadar dan tidak perlu berlebihan bagi mengelak pembaziran.
Baju lebaran itu masih kelihatan baharu kerana hanya diguna beberapa hari dalam setahun.



Bagi membuktikan memakai pakaian lebaran yang sama selama 10 tahun,
Aksan memuat naik foto berpakaian yang sama setiap tahun dalam Instagramnya @aksan nurkholish. Foto pada tahun 2024 memperlihat Aksan bergambar dengan ibu bapanya.



Rata-rata netizen memuji sikap Aksan yang tidak malu memakai pakaian lebaran yang sama sejak 10 tahun lalu.
Dan ada juga netizen berpendapat perkara itu perlu dicontohi individu lain dengan menyambut lebaran dengan kesederhanaan.

Sementara menurut Akhsan, dia mungkin akan terus memakai pakaian lebaran yang sama untuk beberapa tahun akan datang sehingga ia tidak lagi sesuai dipakai seperti tubuhnya semakin membesar.
Akhsan yang mempunyai kegemaran berbasikal turut menyatakan dia juga tidak membazir wang untuk keperluan tidak perlu bagi menyambut lebaran.
Jika ada wang yang lebih daripada pekerjaannya, Akhsan lebih suka menyimpan untuk persiapan perkahwinan jika sudah berjodoh.


