Info grafik menunjukKan enam daerah di Selangor yang dikenakan PKP mulai Khamis 6 Mei hingga 17 Mei 2021 (kanan) dan bantuan one-off (sekali beri) kepada penjaja dan peniaga di bazar Ramadan yang terpaksa dihentikan operasinya berikutan pelaksanaan PKP tersebut. - Kredit foto: FB MB Selangor


KERAJAAN Selangor umum peruntukan kira-kira RM5 juta bagi bantuan 11,000 peniaga bazar Ramadan di enam daerah yang dihentikan operasinya mulai Sabtu 8 Mei 2021 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu.

Setiap mereka akan menerima RM500 selepas hari raya bila proses mengenainya selesai dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing dan pembayarannya disalurkan kepada akaun peniaga berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bazar Ramadan


Amirudin Shari mengumumkan pemberian one-off RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terpaksa dihentikan operasinya kerana PKP di Selangor dalam sidang akhbar di Shah Alam, Selangor pada Rabu.


Bantuan tersebut diberikan setelah kerajaan negeri mengambil kira berikutan para peniaga bazar Ramadan yang terlibat tidak dapat berniaga selama lima hari lagi seperti sepatutnya berakhir sehingga 12 Mei ini, akibat pelaksanaan PKP.

"Mengambil kira keputusan penutupan bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan PKP akibat kes COVID-19 tinggi, kerajaan negeri setuju memberi bantuan one-off (sekali beri) RM500 kepada semua penjaja dan peniaga bazar Ramadan terlibat," kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui laman FB beliau lewat petang Rabu 5 Mei 2021 selepas mengadakan sidang akhbar mengenai PKP di Selangor di Kediamannya di Shah Alam, Selangor disiarkan secara langsung melalui media sosial FB.


Bazar Ramadan enam daerah di Selangor yang dikenakan PKP dihentikan operasinya mulai Sabtu 8 Mei 2021.


Enam daerah di Selangor iaitu Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala langat, Sepang dan Klang diletakkan di bawah PKP mulai Khamis 6 Mei hingga 17 Mei 2021 atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan kadar peningkatan COVID-19 yang tinggi.

Bagaimanapun tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam masih kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi jangka masa 12 hari hingga 17 Mei 2021. Semua bazar Ramadan di tiga daerah berkenaan dibenarkan beroperasi.

Amiruddin berkata, rasionalnya bazar Ramadan ditutup kerana telah dibenarkan beroperasi selama 25 hari, manakala bazar Raya baharu sahaja bermula dan orang ramai baharu mula membeli belah untuk Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri telah memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap bazar Raya yang dibenarkan beroperasi hingga jam 10.00 malam dengan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 12 tahun, manakala sistem nombor giliran diguna pakai dan had kemasukan ditetapkan.


Bazar Raya dan pusat beli belah yang mengadakan jualan raya perlu ada penyelia yang menjaga pengunjung mematuhi SOP dan syarat-syarat perniagaan bazar berkenaan yang dikeluarkan kerajaan negeri.


Selain itu,katanya, kerajaan negeri mensyaratkan setiap bazar Raya, pasar raya dan pusat beli belah yang mengaadakan jualan raya perlu melantik penyelia yang bertanggungjawab mengingatkan selalu pengunjung mematuhi SOP semasa berada di kawasan niaga berkenaan.

Semua peraturan dan SOP bagi enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor adalah sama seperti negeri-negeri lain. Pergerakan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali ada urusan kecemasan, kematian dan kerja. - KitaReporters


Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan bagi enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja.

1
2
0
0
0

Copy Link: