DSM menutup mukanya dengan baju ketika ditangkap khalwat bersama pasangannya di dalam sebuah kereta di Kota Sungai Penuh, Jambi pada Ahad 21 November 2021 lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com


DUA sejoli yang melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa pakaian di dalam sebuah kereta di Desa Kota Renah, Kota Sungai Penuh, Jambi, Indonesia agak terkejut dan merasa malu apabila pasangan itu ditangkap berkhalwat oleh polis dan penduduk kampung  pada 21 November 2021 lalu.

Berikutan dengan perbuatan terlarang itu, pasangan terbabit yang bernama DSM (lelaki), 27, dan wanita, GN, juga berumur 27 tahun, telah dibawa ke Kantor Desa Renah untuk menjalankan pengadilan melalui sidang Lembaga Hukum Adat atas kesalahan tersebut. 

Mereka masing-masing berasal dari Kota Majidin dan Kota Diair.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan khalwat

Kredit foto: Tribunnews.com


Sidang adat itu disaksikan oleh beberapa warga berkenaan selain ia turut dihadiri kedua-dua ibu bapa DSM dan GN serta ketua kampung dari dua desa itu yang telah bersetuju menjatuhkan hukuman denda berupa hukum adat ialah satu ekor kerbau dan 100 gantang beras ataupun 150 kilogram beras yang bernilai kira-kira Rp5 juta (kira-kira RM1,500) terhadap pasangan tersebut.

Pengadilan yang bersidang pada hari tersebut juga memberi pertimbangan kepada pasangan itu bagi hukuman denda beras itu boleh dibayar dengan wang tunai sejumlah Rp5 juta di samping mengarahkan mereka supaya berkahwin secepat mungkin.


DSM tidak berbaju semasa dia ditangkap khalwat bersama GN di dalam keretanya di tepi jalan oleh penduduk kampung dan polis. - Kredit foto: Posbelitung


Ketua Kampung Kota Renah, Afiantoni berkata, denda adat yang dikenakan itu ke atas mereka yang melakukan perbuatan maksiat bertujuan untuk membersih nama kampung supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini atau apa-apa bala yang bakal menimpa warga di desa itu.

Menurutnya, cara perlaksanaannya ia terpulang kepada Lembaga Hukum Adat di kampung itu.

‘’Sebelum itu, kedua-dua pasangan itu sememangnya bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka  tidak lama lagi.

’Ketika ditangkap berkhalwat, DSM dan GN sedang berdua-duaan di bahagian belakang keretanya yang  di parking di tepi jalan sebelum diserbu oleh warga kampung pada waktu malam,’’ katanya kepada Tribunnews.com pada 24 November 2021.


DI LOKASI ini kereta mereka diletakkan di tepi jalan pada waktu malam untuk mereka melakukan hal-hal yang tidak senonoh. - Kredit foto: Tribunnews.com


Warga percaya, pasangan berkenaan telah melakukan perbuatan hal-hal yang tidak senonoh kerana mereka melihat kereta itu berada agak lama di tepi jalan.

Afiantoni juga turut kesal dengan kejadian itu yang tidak sepatutnya berlaku telah mengemparkan warga desa kerana mereka berdua tidak lama lagi akan berkahwin secara sah.

Hadir sama ketika pasangan itu ditangkap khalwat ialah Ketua Polis Daerah Kota Sungai Penuh, AKP Regil Titisari.

Menurutnya, kes tersebut telah diserahkan kepada Lembaga Adat Peringkat Kampung yang akan menentukan sebarang hukuman kepada mereka yang terbukti melakukan perbuatan maksiat. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com

13
21
3
13
5

Copy Link: