Pek Ramadan Besut Maju! 350 pek barangan keperluan diagihkan kepada keluarga terjejas COVID-19

Published by
KitaReporters

Mohd Nawawi (empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Besut Maju ketika melancarkan gimik pengagihan pek Ramadan.


SUDAH menjadi kelaziman setiap kali kehadiran Ramadan yang disambut oleh masyarakat Islam untuk menunaikan kewajiban ibadah berpuasa, pelbagai pihak tampil untuk beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan.

Malah, sambutan Ramadan tahun 2021 ini sudah tentu memberi kesan lebih besar kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana mereka bukan sahaja dihimpit kesusahan malah terpaksa berhadapan dengan pandemik COVID-19 untuk tahun kedua berturut-turut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pertubuhan Besut Maju


Mohd Nawawi Ismail (tiga dari kiri) mengagihkan pek Ramadan kepada warga emas.


Kegawatan hidup yang dialami golongan terbabit mendorong pertubuhan Besut Maju meneruskan agenda tahunan dengan turun padang membantu golongan yang terkesan akibat masalah kemiskinan dan kesusahan hidup ketika negara berhadapan dengan COVID-19 yang belum reda.

Kepritihan badan bukan kerajaan terbabit amat dihargai dan ditunggu-tunggu oleh penduduk daerah Besut yang mengharapkan ada pihak berkenaan berada di lapangan untuk membantu masyarakat setempat.

Atas kesedaran itu team Besut Maju sekali lagi meneruskan misi bantuan dan sumbangan sosial kepada penduduk daerah itu dengan mengagihkan barang keperluan dapur sempena menyambut Ramadan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nawawi Ismail berkata, terpanggil dengan keadaan semasa yang menyebabkan ramai penduduk terkesan dengan pandemik COVID-19 dan secara kebetulan berada dalam bulan Ramadan pihaknya berusaha untuk mendekati masyarakat dengan menghulurkan sumbangan sekadar mampu.


Mohd Nawawi Ismail


Katanya, sebagai pertubuhan sukarela yang turut merasai denyut nadi penduduk kampung yang memerlukan bantuan, pihaknya bermuafakat untuk mengaktifkan sumbangan sempena Ramadan.

Beliau berkata, menerusi hasil kutipan dalam kalangan ahli pertubuhan itu, pihaknya berjaya mengumpul lebih  RM30,000 untuk tujuan tersebut.

“Alhamdulillah daripada wang terkumpul pihaknya dapat membeli beberapa jenis barangan keperluan dapur untuk diagihkan kepada 350 keluarga yang terjejas,” katanya. 

Beliau berkata, kaedah pengagihan tersebut dilakukan dengan membabitkan beberapa NGO lain di daerah itu yang turut membuat agihan mengikut kawasan masing-masing.

Pengagihan barangan tersebut adalah tahun keempat dilakukan oleh Pertubuhan Besut Maju kepada warga Besut,” katanya. - KitaReporters


Ahli Jawatankuasa Besut Maju Ramli Mohamad menunjukkan beras antara barang keperluan yang diagihkan kepada orang ramai

 

 

6
2
1
1
0

Copy Link: