Memang benar bagai pepatah Melayu: Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Lebaran yang disambut Syawal kini memperlihat bagaimana anak-anak masyarakat Rohingya yang lahir di Malaysia menjunjung tinggi dan mengamalkan budaya dan tradisi Melayu dalam kehidupan mereka.


Mohammad Raham Abul Bashar kemas bergaya dengan baju Melayu, bersamping dan bersongkok menyambut lebaran yang masih diraikan kini.

Mohammad Syahid Mohd Arif juga kemas bergaya dengan baju Melayu keperang-perangan meraikan Aidilfitri.


Sebagai bukti, Mohammad Raham Abul Bashar, 13 tahun, dari Jalan Baru, Bukit Mertajam, bergaya dengan baju Melayu, bersamping dan kemas bersongkok meraikan Hari Raya Aidilfitri sekitar kediamannya.

Dengan penuh tertib, ia juga mengikut teman-teman Melayu sekampungnya berkunjung ke rumah jiran dan taulan berdekatan.

Begitu juga dengan pelajar Mohammad Syahid Mohd Arif, 14 tahun, yang lahir di Pulau Pinang. Dia juga kelihatan kemas dan bergaya dengan baju Melayu keperang-perangan sambil bergaya semasa meraikan Aidilfitri 2026 ini.


Majlis persandingan mempelai Mohammad Ismail Abu Bakkar Siddiq dan Munima Bibi Abul Bashar.


Majlis akad nikah juga disaksikan oleh wali dan saksi seperti mana yang disyariatkan.

Tidak setakat itu, majlis perkahwinan yang diadakan sempena pernikahan pasangan Rohingya, Mohammad Ismail Abu Bakkar Siddiq dengan pasangannya, Munima Bibi Abul Bashar juga mengikut amalan dan tradisi Melayu.

Pada malam pernikahan, akad nikah turut disaksikan oleh penduduk tempatan dan masyarakat Melayu setempat.

Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin dengan hiasan yang sama menggunakan khidmat mak andam.

Malah majlis perkahwinan mereka turut disajikan dengan berzanji dan marhaban oleh anak-anak pada awal pagi sebelum kehadiran tetamu pada tengah hari. - KitaReporters


Majlis berzanji turut menghiasi  persandingan kedua-dua mempelai. 

16
15
0
11
0

Copy Link: