Jika datang ke bandar Warisan Taiping, jangan lupa untuk mengunjungi pusat maklumat Taiping yang baharu, yang beroperasi di Menara Jam Taiping atau dikenali sebagai ‘Old Clock Tower Taiping’ di Jalan Kota.


Menara Jam Taiping di Jalan Kota menjadi Pusat Interpretasi Pelawat di Taiping.


Sebelum ini, tidak ada pusat maklumat menyebabkan pelancong tidak mendapat maklumat lengkap mengenai tempat-tempat tertentu apabila mereka berkunjung ke bandar warisan Taiping.

Mercu tanda Menara Jam Taiping ini adalah sebuah menara jam yang dibina pada 1881. Ia pernah menjadi balai bomba dan balai polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,.

Ia dinaik taraf semula dengan menyediakan pelbagai maklumat. Ia dilengkapi dengan model 3D, pameran dan skrin TV secara interaktif bagi memberikan maklumat kepada pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee berkata, dengan pembukaan Pusat Interpretasi Pelawat itu menjadikan ia amat penting kepada industri pelancongan di Perak.


Maklumat lengkap mengenai Menara Jam Taiping.

Katanya, Taiping membawa identiti yang unik, tanah tinggi Bukit Larut, alam semula jadi dan bandar lama warisan memberikan suntikan baharu kepada pelancongan.

“Pelancaran Jejak Kedamaian Taiping ini merupakan usaha kita membangunkan industri pelancongan secara lestari dan menghargai nilai keamanan dan hubungan manusia dengan alam sekitar serta hal tuju pelancongan pada masa depan.

“Saya yakin Taiping akan menjadi bandar pelancongan yang unit dan kerajaan negeri komited menyokong pembangunan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026," katanya pada majlis perasmian Pengubahsuaian Dalaman, Pusat Interpretasi Pelawat dan Pelancaran Jejak Kedamaian Taiping di Taiping pada 30 Mac 2026.


Bahagian dalam Menara Jam Taiping dilengkapkan dengan model 3D untuk rujukan kepada pelancong

Loh berharap pusat ini menjadi satu tempat untuk pelancong mendapat maklumat kerana pusat itu akan menjadi pintu masuk utama kepada pelancong ke Taiping.

Selain itu, katanya, bandar Taiping kaya dengan sejarah kerana ada lebih 33 tempat pertama di negara ini wujud di Taiping.

Menurut beliau, sebanyak RM400,000 peruntukan oleh Kementerian Kewangan untuk pelaksanaan pembangunan jejak di denai, alam sekitar dan jejak sosial.

Dalam pada itu, Loh berkata, Taiping adalah destinasi pelancongan ketiga selepas Ipoh dan Manjung.

“Oleh kerana itu, kedudukan Taiping amat penting kepada pelancongan negeri Perak,” katanya. - KitaReporters


Loh Sze Yee (tiga dari kiri) ketika majlis perasmian Pengubahsuaian Dalaman, Pusat Interprestasi Pelawat dan Pelancaran Jejak Kedamaian Taiping di Taiping

.

14
14
0
19
0

Copy Link: