Seramai 66 murid darjah enam SK Malau di Baling menyertai program Kayuhan Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Baling pada 29 Ogos 2023.


Dengan semangat menyemarakkan ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun, seramai 66 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, Baling sanggup berkayuh basikal ke enam buah kampung sekitar Malau untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada bekas bekas anggota polis dan tentera.

Seramai 66 pelajar lelaki dan perempuan darjah enam berkayuh ke enam kampung dengan penuh semangat pada Selasa, 29 Ogos 2023.

Mereka menyerahkan Jalur Gemilang kepada bekas-bekas anggota keselamatan negara sambil mengucapkan perkataan Merdeka. 


Alias Abd Rahman melepaskan 66 pelajar darjah enam SK Malau di Baling yang menyertai program Kayuhan Merdeka sempena Hari Kebangsaan Ke-66 di pekarangan sekolah pada 29 Ogos 2023.


Guru Besar SK Malau, Cikgu Alias Abd Rahman melakukan pelepasan kayuhan itu di pekarangan sekolah berkenaan.

Menurut Alias, inilah kali pertama sekolah ini terbabit dalam usaha menyemarakkan ulang tahun bulan kemerdekaan kerana sebelum ini mereka hanya mengantung Jalur Gemilang sahaja.

Katanya, beliau amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan terhadap aktiviti kayuhan Merdeka yang itu.


Alias Abd Rahman (tengah) bersama seorang bekas anggota tentera yang menerima Jalur Gemilang yang disampaikan oleh seorang pelajar. 


Sementara itu, beberapa bekas anggota tentera yang ditemui KitaReporters berkata, semangat yang tertanam dalam jiwa pelajar-pelajar terbabit patut diteruskan pada setiap ulang tahun kemerdekaan negara.

Bekas Pegawai Waran 2 (PW2) Abdul Halim Arwin, 67, berkata beliau kagum dengan semangat pelajar berkenaan terhadap kemerdekaan negara walaupun mareka baru berusia 12 tahun.

SK Malau yang pertama di daerah Baling menganjurkan aktiviti seperti ini pada tahun ini (2023).


Seorang pelajar menyerahkan Jalur Gemilang pada bekas anggota tentera


Dalam pada itu, Sayed Azziemuni Sayed Mohd Azmi, 12, pelajar terbabit dalam aktiviti penyerahan Jalur Gemilang kepada bekas anggota tentera dan polis ,yang ditemui berkata, dia amat bersyukur kerana terpilih menyertai aktiviti sambutan ulang tahun kemerdekaan anjuran sekolahnya.

Pelajar-pelajar lain yang terlibat termasuk Muhamad Afif Aizat Azmi, Ahmad Akif Hakimi Roslan, Muhammad Arif Firdaus Mohd Azuan, Muhammad Rais Naufal Mohamad Amin Amirul dan Muhammad Samsuri Mohamad Azam.

Menurut Cikgu Alias lagi, selagi beliau bertugas di sekolah itu, setiap tahun beliau akan merancang aktivi ulang tahun kemerdekaan bersama guru-guru sekolahnya untuk menanam semangat cintakan negara kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Malau Baling. - KitaReporters


17
8
0
18
1

Copy Link: