Kakitangan PKNS gotong-royong mengecat untuk menyerikan Rumah PEKEAS bagi menceriakan anak-anak di rumah itu.


Seramai 30 orang warga kerja PKNS turun padang menyertai program gotong-royong membersih dan mengecat semula Rumah Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) di Bandar Tasik Puteri bagi menceriakan penghuninya pada 18 Mac 2023.

Program gotong-royong ini merupakan sebahagian daripada siri aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk Ramadan tahun ini menerusi Program Ramadan Kasih PKNS #Bersama Lebih Bahagia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertubuhan-pertubuhan kebajikan

Anak-anak jagaan PEKEAS turut membantu kerja-kerja mengecat rumah


Kakitangan PKNS dan anak-anak jagaan PEKEAS bergambar kenangan


Selain aktiviti gotong-royong, anak-anak PEKEAS seramai 40 orang berusia empat hingga 17 tahun itu akan turut ditaja membeli baju raya di Kompleks PKNS Shah Alam bagi persediaan menyambut Syawal nanti selain akan diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama PKNS pada 7 April 2023. 

Selain itu, PKNS turut menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada PEKEAS menerusi wang Agihan Zakat PKNS bagi menampung kos operasi Pertubuhan tersebut.


Kakitangan PKNS, Abdul Muhaimin membantu seorang anak PEKEAS mengecat


Berkongsi mengenai program Ramadan Kasih PKNS, Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata, selain aktiviti gotong-royong, program ini turut melibatkan pemberian sumbangan kepada 100 orang gelandangan di ibu kota dan pengedaran bakul makanan kering kepada 50 asnaf yang turut melibatkan kerjasama dengan pertubuhan NGO sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kesemua aktiviti CSR yang akan dijalankan di bawah program Ramadan Kasih PKNS ini memberi peluang kepada PKNS untuk berbakti kepada komuniti khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna dan menambah keceriaan kepada mereka”, tambahnya lagi.

Gotong-royong Ramadan Kasih PKNS ini turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). - KitaReporters/Kenyataan Media


10
12
0
13
0

Copy Link: