Video| Nenek berjiwa rock tawan hati netizen! Semua genre lagu dia tapau! Suka berkongsi rezeki!

Published by
KitaReporters


Usia emas tidak menghalang seorang wanita bergiat aktif dalam media sosial menghiburkan orang ramai. 

Menggunakan platform TikTok, pemilik akaun bernama Nene Rocker sering menghiburkan orang ramai dengan suara emasnya. Meminati lagu-lagu berunsurkan rock, wanita yang dipercayai berusia 68 tahun ini boleh dikatakan mempunyai suara yang ‘power’ sesuai dengan usianya.

Bukan calang-calang kerana dia mempunyai pengikut seramai 32.2 ribu dalam TikTok. Malah, dia bukan sahaja mempunyai peminat dari Indonesia, tetapi juga Malaysia. 

Justeru, tidak hairanlah dia sering bersiaran langsung menghiburkan para peminat. Setiap jam lapan pagi dia akan bersiaran langsung diawali dengan mengaji terlebih dahulu.



Wanita berasal dari Bandung, Indonesia ini menggunakan bakat yang ada sebaik mungkin. 

Namun begitu, lumrah kehidupan terutamanya apabila dikenali ramai, ada sahaja yang tidak berpuas hati. Tidak lain tidak bukan, pihak yang suka menghukum dan melabelkan orang sesuka hati seolah-olah dialah manusia terpaling mulia.

Berdepan dengan orang seperti ini, Nene Rocker tidak mudah melatah. Menurutnya amal ibadah itu banyak cabangnya.



“Terkadang suka senyum sendiri. Sebahagian orang menyuruh ibadah ngaji, solat. Padahal ibadah itu banyak macamnya. 

"Tidak cukup dengan mengaji dan solat sahaja, menghiburkan orang, infak sedekah, menolong orang, mendoakan orang itu juga termasuk ibadah,” tulisnya.

Menurut Nene Rocker lagi, dia sangat berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya selama ini. Setiap kali dia bersiaran langsung dalam TikTok, ada sahaja peminat-peminat yang memberi hadiah. Rezeki yang diterimanya itu dikongsi pula olehnya dengan insan-insan yang memerlukan.


Berkongsi rezeki hasil sumbangan orang ramai ketika bersiaran langsung dalam TikTok.


“Bismillah, sekali lagi terima kasih buat sahabat-sahabat TikTok yang sudah menyokong dan berkongsi rezeki pada live show Nene Rocker. Alhamdulillah hari ini (18 November 2023), kita kongsikan lagi sebahagian rezeki kerana dalam rezeki kita, ada haknya orang lain,” tulisnya.



Rata-rata netizen kagum dan memuji kekuatan vokal Nene Rocker. Mereka menzahirkan tanda sokongan walaupun ada segelintir yang mengkritik.

“Dalam usia begini, dia cari sesuatu yang menjadi kesukaan agar dia tidak murung. Semoga ceria selalu,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters


13
13
0
10
0

Copy Link: