SEORANG remaja di sebuah perkampungan di Indonesia menjadi tular dalam media sosial berikutan kejelitaannya yang luar biasa.

Malah keayuan dirinya menjadikan ramai yang beranggap remaja perempuan yang dikenali sebagai Tiara Kartika itu bukan seorang manusia tetapi merupakan anak pontianak.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wanita-wanita cantik


Kisah kecantikan Tiara Kartika menjadi tular dalam media sosial selepas dikongsikan oleh seorang penduduk Karol Inoviani yang memuat naik video mengenai remaja tersebut dalam akaun YouTube pada 28 Julai 2022, lalu.

Memetik Tribunnews.com, pada 9 Oktober 2022 lalu, dakwaan dirinya sebagai anak pontianak berkenaan muncul selepas mengetahui dirinya ditemui di tengah hutan ketika usianya masih bayi.

Malah penjaganya yang hanya mahu dikenali sebagai Nenek Nur berkata dia menemui Tiara kira-kira 11 tahun di tengah hutan ketika usianya masih bayi.



Sejak itu Nenek Nur membawa bayi berkenaan ke rumahnya dan menamakannya sebagai Tiara Kartika dan menjaganya sehingga kini.

Tiara dijaga dengan penuh kasih sayang bagaikan minyak yang penuh oleh Nenek Nur walaupun tidak mengetahui siapa ibu bapanya yang sebenar.

Bukan itu sahaja, usia Tuara juga tidak diketahui.



Menerusi perkongsian bersama Karol, Tiara mengakui dia pernah bersekolah sehingga darjah tiga di sebuah sekolah rendah di perkampungan berkenaan. 

Namun terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan sering menjadi mangsa buli oleh rakan sekelasnya dan mereka memberi jolokan sebagai ‘anak pontianak’ kepadanya

Kongsinya dia mahu meneruskan persekolahan kerana membalas jasa dan budi Nenek Nur yang menjaganya sejak bayi namun tahu keinginan tersebut tidak mampu dituruti berikutan keadaan warga emas itu yang tidak berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan persekolahannya. - KitaReporters


10
13
0
14
0

Copy Link: