Video| Demi kebahagiaan anak-anak! Bapa tunggang motosikal 40km bawa mainan! Pegang sebelah tangan!

Published by
KitaReporters


PENGORBANAN seorang bapa membawa mainan besar untuk anak-anak setelah meredah sejauh 40 km dengan menaiki motosikal menggunakan sebelah tangan sahaja telah menyentuh hari orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @nurulainjidan, kelihatan dua orang kanak-kanak begitu teruja melihat bapa kesayangan mereka membawa mainan untuk mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alat-alat mainan


“Penat kerja 12 jam, bila balik bawak mainan sebelah tangan macam tu sehingga 40 km.

“Tapi bila tengok anak-anak happy macam ni mesti abang tak rasa pun letih, penat tu kan,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial turut berasa gembira dengan momen kebahagiaan keluarga itu serta mendoakan kebahagiaan keluarga itu dan  dimurahkan rezeki melimpah ruah.



“Happynya keluarga ini, semoga rezeki kamu semua melimpah ruah,” kata @huzaidharis.

“Sedih melihat momen ini, dulu arwah suami saya macam ini dengan anak-anak, tujuh bulan berlalu, rindu yang tiada penghujung. Saya doakan yang baik-baik untuk sis sekeluarga,” jelas @ibuyimyam.

“Moga saya juga bakal menjadi ayah dan suami yang bertanggungjawab,” tulis @Sahruddinamirullah. - KitaReporters



11
14
0
10
0

Copy Link: