Petani kena Hukum Adat! Didenda lebih RM2k dan 7 ekor babi! Abaikan tanggungjawab terhadap isteri!

Published by
KitaReporters

SEORANG petani di Kabupaten Tolikara, Pergunungan Papua, Indonesia dikenakan hukuman denda berupa Hukum Adat sejumlah Rp9 juta (kira-kira RM2,087) dan tujuh ekor babi pada 10 Mac 2026 lalu akibat mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya selama satu tahun. 


Anggota polis berkawal semasa pengadilan adat dijalankan oleh lembaga adat atau tetua adat di Kabupaten Tolikara, Pergunungan Papua.


Petani terbabit bernama, TK, 18, didapati bersalah kerana meninggalkan isterinya yang dikenali, NW, 27, tanpa memberi nafkah zahir dan batin sejak awal 2025 setelah suaminya merantau meninggalkan kampung halamannya. 

Makanisme denda adat tersebut ialah proses penyelesaian pelanggaraan norma tradisi di wilayah itu melalui pengadilan adat yang dijalankan oleh Lembaga Hukum Adat atau tetua (orang tua-tua) adat bagi mengembalikan kesetimbangan sosial. 

Hakim hukum adat itu seperti Mantir atau Damang (Tok Penghulu) dan Ketua Polis Daerah/Negeri yang bertindak mengetuai perbicaraan serta memutuskan hukuman berdasarkan peraturan adat setempat. 

Portal berita Indonesia, Detik com dipetik melaporkan, masalah berkenaan juga diselesaikan secara kekeluargaan kedua-dua pihak terbabit mengikut adat budaya setempat. 

Ketua Polis Talikora, IPDA Comeles Sanyar berkata konflik rumah tangga pasangan terbabit dapat diselesaikan pukul 11 pagi Waktu Indonesia Timur (WIT), yang turut dihadiri anggota polis dan ahli keluarga kedua-dua pihak berkenaan. 


SALAH seekor babi yang dibawa oleh ahli keluarga pesalah untuk diserahkan kepada isterinya.


Comeles berkata, denda yang dikeluarkan sebanyak Rp9 juta dan tujuh ekor haiwan itu terhadap TK sebagai bentuk pertanggungjawabnya, sekali gus memulihkan semula hubungan suami isteri terbabit. 

Denda itu diserahkan TK kepada isterinya di hadapan saksi serta Aparat Kepolisian (pasukan kepolisan) yang bertugas menjaga keamanan, ketertiban umum, untuk menegakkan hukum serta memberi perlindungan dan pelayanan masyarakat mengikut Seksyen Undang-Undang (UU) No.2 Tahun 2002.

Makanisme itu juga turut terkait kedua pihak yang bersepakat tidak akan menimbulkan persoalan hukum berlanjutan selepas acara hukum adat itu selesai. - KitaReporters

8
16
0
12
0

Copy Link: