Sikap berani dan bijak serte berhemah kerajaan negeri Melaka serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam mahupun Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) seharusnya dipuji.


Kalimah Allah dan bismillah tertera dengan jelas dan ketara.


Tindakan perobohan dijalankan.


Kewujudan satu tokong haram dengan Kalimah Allah tertera dengan ketara dan jelas telah mencetuskan kontroversi kepada penduduk tempatan.

Tokong haram yang dibina di atas tanah kerajaan di Pantai Siring, Serkam, Melaka dengan kalimah Allah dan bismillah ditulis dengan tulisan jawi pada dindingnya.

Kerja-kerja merobohkan tokong haram tersebut telah dilaksanakan pada 10 April 2026 dengan menggunakan jengkaut.

Ia turut disaksikan oleh ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan serta pihak berkuasa daripada beberapa agensi kerajaan yang terlibat.


Pemantauan perobohan turut dipantau dengan serius oleh pihak berautoriti dan kerajaan negeri.

Tindakan sebegini memperlihat bagaimana seriusnya pencerobohan atas tanah kerajaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sejajar itu, implementasi dan ketegasan pihak berkuasa tempatan seperti majlis bandaraya mahupun majlis perbandaran atau majlis daerah, pejabat daerah dan tanah, adalah suatu tindakan yang seharusnya menjadi rutin setiap hari.


Jengkaut digunakan untuk merobohkan pembinaan tokong haram di Pantai Siring, Serkam.

Sementara itu, ramai yang belum tahu bahawa tong sampah pintar telah pun ada di Melaka.

Ia wujud apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya melakar sejarah setelah muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama dalam negara memperkenal tong sampah pintar atau 'smart bin' berkuasa solar.

Kejayaan ini membuktikan kemampuan MBMB mencari penyelesaian pintar bagi menangani isu sampah yang seringkali melimpah atau penuh di beberapa lokasi dan premis.


Tong sampah pintar atau 'smart bin' pertama yang diwujudkan di Malaysia.

Tong sampah pintar yang mampu memberi notifikasi kepada petugas sekiranya ia telah penuh.

Kewujudan tong sampah pintar atau 'smart bin' yang dibangunkan secara total oleh MBMB ini dilengkapi dengan teknologi pemampatan.

Ia juga boleh memberi notifikasi kepada para petugas seandainya tong sampah sudah hampir penuh.

Melalui sistem 'compress' (mampat) yang diperkenal, kapasiti tong sampah tersebut mampu ditingkatkan sehingga lebih 20 kilogram bergantung kepada jenis bahan sama ada ia adalah kotak minuman, tin atau pun plastik.


Tong sampah pintar yang menggunakan teknologi sensor bagi mengesan sekiranya tong sampah telah penuh.

Selain itu tong sampah pintar atau 'smart bin' ii menyokong inisiatif bandar pintar dan kelestarian alam dengan menggunakan tenaga solar secara total.

Tong sampah pintar tersebut turut menggunakan pelindung keluli yang tahan karat. Di samping itu, ia juga mampu mengelakkan berlakunya kerosakan sekiranya terdedah kepada hujan dan panas.

Adalah difahamkan 'smart bin' ini menggunakan teknologi sensor bagi mengesan sekiranya tong sampah telah penuh. - KitaReporters


'Smart bin' yang diperkenal oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

11
11
0
14
0

Copy Link: