Cuaca panas semakin ‘membahang’ apabila daerah Padang Terap kini berada pada Tahap 2 gelombang haba, manakala Pendang , Pokok Sena dan Baling antara daerah lain yang terlibat.  



Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), suhu maksimum antara 37 hingga 40 darjah Celsius direkodkan sekurang kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan itu.

Selain Padang Terap, beberapa kawasan lain di utara Semenanjung turut menerima tempias cuaca panas apabila diletakkan pada Tahap 1 iaut berjaga-jaga.

Antara kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah, selain seluruh negeri Perlis serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.




MetMalaysia memaklumkan Tahap 1 menunjukkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut turut.

Orang ramai dinasihatkan supaya banyak minum air, kurangkan aktiviti luar terutama tengah hari dan sentiasa memantau keadaan kesihatan, khususnya kanak kanak serta warga emas. - KitaReporters

9
12
0
11
0

Copy Link: