Siapa kata warga emas buta IT? Tak tahu guna smartphone dan order makanan melalui Grab, Foodpanda, Lalamove dan sebagainya. 

Apa lagi order pinggan mangkuk, perkakas elektrik, perhiasan rumah dan barang kemas serta pakaian melalui TV selepas menonton WowShop. 

Itu warga emas dahulu. Warga emas sekarang baik lelaki mahupun wanita sudah bijak malah sama naik bijaknya dengan anak cucu. 
Demikianlah hal dunia. Yang mustahil dahulu semua sudah menjadi kenyataan sekarang. Yang tak pandai dahulu semakin cerdik sekarang. 
Semua gara-gara teknologi dan keinginan mencuba. Syabas kepada warga emas! Anda pandai mencuri masa belajar dan mempraktikkan teknologi. Boleh bersaing dengan anak cucu jika berhimpun. 
Kalau anak menantu dan cucu ada Facebook. nenek dan atok pun ada. Begitu juga TikTok dan Instagram. Semua atok dan nenek boleh! 
Malah warga emas wanita yang kebanyakan pesara menjadikan teknologi sebagai teman setia. Telefon bimbit menjadi sesuatu yang wajib dibawa bila ke mana-mana. 
Biar tinggal beg tangan asal bukan telefon. Sanggup berpatah balik untuk mengambil telefon jika tertinggal. 


Mereka ini yang menghabiskan masa bersara dengan BFF untuk melancong menjadikan telefon sebagai penghubung persahabatan dan silaturahim. 
Mana tidaknya.. Pelbagai aksi dirakam sepanjang percutian. Makanan sudah tentu. Belum masuk bab shopping dan lawatan. 
Mereka lagi bijak. Persis jurugambar profesional. Posing apa sahaja semua menjadi. Di rumah dibuat pula video call memasak dan di share dalam grup. Bertukar tukar maklumat dan resepi. 
Bukan setakat itu, kelas mengaji online pun boleh. Seimbangkan dunia akhirat. Guna teknoloji cara berfaedah. 
Segala maklumat tentang makanan berkhasiat, penyakit, rawatan dan apa sahaja boleh dicari melalui telefon. Laju jari jemari bermain. 
Jika ke restoran untuk makan, mereka juga sama naik dengan anak cucu bermain telefon. Makanan terhidang pun tak dilayan. Masa itulah WhatsApp masuk. Masa itu juga BFF call. 
Saya kagum dengan warga emas yang bijak menggunakan smartphone. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan telefon canggih. 
Yang boleh cantikkan yang tak cantik. Putihkan wajah yang tak berapa putih. Gambarnya jelas dan setiap post dapat pujian. 


Teringat kata kata seorang anak sahabat. "Mama dah pandai order barang di WowShop sendiri acik… tiap-tiap minggu ada barang sampai. Dahulu nak apa hello anak-anak. La dak dah.. "
Saya jawab bagus… 
Pesara lelaki lebih kepada grup WA masjid, bekas rakan sekerja dan keluarga. Kalau yang lain daripada itu pasangan perlu alert selalu. 
Saya setuju dengan perkembangan ini. Warga emas sekarang terpelajar. Mereka ada duit. Mereka boleh buat apa yang diingini untuk kepuasan sendiri. 
Anak anak jangan pula cemburu. Doakan yang terbaik untuk ibu bapa anda. Kegembiraan mereka kebahagiaan anak-anak. 
Apapun saya masih ditakuk lama. Celik IT tapi masih Old school. Tak berani nak order-order tanpa restu anak. Pesara tanpa gaji tak boleh ikut hati. Berjimat seadanya. 

Melihat kegembiraan orang juga satu terapi kan? Jalan terus warga emas. 

17
12
0
11
0

Copy Link: