Mengendali bakal jemaah ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat mempunyai cabaran tersendiri bagi pendamping haji dan kru penerbangan.

Dalam ratusan jemaah yang dibawa dalam satu-satu penerbangan, sebahagiannya merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat. 




Dan tentunya ada antara mereka yang takut dengan ketinggian namun terpaksa menaiki pesawat untuk tiba ke tempat melakukan Rukun Islam kelima itu.

Kerana fobia gayat dan takut, akan terdapat bakal jemaah yang membuat helah untuk keluar daripada pesawat.Bagi golongan warga tua (lanjut usia atau lansia), selain fobia takut, mereka juga mungkin mengalami demensia atau nyanyuk.

Salah satu kejadian lucu dan mengemparkan berlaku dalam penerbangan dari Makasar di Sulawesi, Indonesia ke Madinah pada 30 AprIl 2026. Ia melibatkan seorang nenek dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat. 



Si nenek oleh kerana takut naik pesawat dan berada di awan biru ingin keluar dari pesawat. Dia memberi alasan hendak memberi makanan ayam-ayam ternakannya. 

Tindakan nenek itu berjalan-jalan dalam keadaan panik dalam pesawat meresahkan penumpang lain. Beberapa petugas haji dan pramugari terpaksa menenangkannya sehingga sampai ke Madinah. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh salah satu bakal jemaah namun dia tidak menyatakan nama nenek itu dan usianya.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Haji dan Umrah (Kemenhaj) Sulawesi Selatan, Ikbal Ismail kepada pihak media.   



Pada musim haji 2023, media di Indonesia melaporkan seorang bakal jemaah dikenali sebagai abah Juhani dari Majalengka, Jawa Barat yang mengalami demensia membuat kecoh ketika pesawat sudah hampir mendarat di Madinah.

Abah Juhani menyatakan dia hendak keluar dari pesawat untuk memberi makan ayam-ayamnya.

Abah Juhani yang lebih fasih berbahasa daerah Sunda menyebab pramugari sedikit sukar untuk memujuk kembali duduk dalam bahasa Indonesia. 



Video kejadian dalam pesawat yang sempat dirakam salah seorang penumpang menjadi tular.

Anak abah Juhani mengesahkan ayahnya memang mengalami dimensia. Walaupun dimensia namun abah Juhani segar berjalan setibanya di Madinah. - KitaReporters


15
16
0
11
0

Copy Link: