Semangat Ramadan! 16,000 pek bubur lambuk diagih bomba! 20 kawah dodol dikacau sempena festival kuih!
Published by16,000 pek bubur lambuk bukan satu perkara mudah untuk disediakan. Namun begitu, berkat kerjasama dan semangat kental yang ada ternyata jumlah tersebut berjaya menjadi realiti pada 16 Mac 2026.


Bertempat di Dataran Merdeka, ternyata program 'Rasa Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026' telah berjaya menghidupkan suasana Ramadan melalui gotong-royong memasak bubur lambuk dan diagihkan secara besar-besaran.
Seramai 200 anggota bomba,sukarelawan serta rakan kerjasama telah berjaya menyediakan dan mengagihkan sebanyak 16,000 pek bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Malah kerjasama erat dengan bersungguh-sungguh telah menjadikan kawasan ikonik tersebut sebagai dapur komuniti yang penuh dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena Ramadan Al-Mubarak.


Sementara itu, di Melaka, walaupun panas terik bulan Ramadan kali ini, ia sedikitpun tidak melunturkan semangat juang dan saingan pertandingan kacau dodol sempena Festival Kuih Tradisional yang telah diadakan di Dataran Riverside, Sungai Rambai, Melaka pada 14 Mac 2026.
sebanyak 20 kawah dodol yang dikacau dengan gelagat tersendiri dan ramuan oleh pelbagai agensi termasuk Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dilaksanakan secara gotong-royong.

Ternyata semangat kebersamaan dan muafakat yang dihidupkan melalui tradisi silam ini mampu mengeratkan lagi silaturahim dan memeriahkan suasana Ramadan yang penuh bermakna kali ini.
Realitinya mengacau dodol bukanlah suatu aktiviti yang mudah kerana ia memerlukan keringat dan semangat yang kental, apatah lagi ia dilaksanakan pada waktu siang bulan Ramadan yang sudah pastinya penuh dengan haus dan dahaga.
Dodol pula dikacau menggunakan tenaga dan keringat bergilir-gilir dalam suasana penuh bahang api dan panas serta tempoh yang agak lama. - KitaReporters

Sebuah lagi agensi yang mengambil bahagian dalam pertandingan mengacau dodol di Melaka.
