Masih normal! Paras air di Taman Tasik Taiping! Walaupun cuaca panas dan taburan hujan berkurangan!
Published byKeadaan cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini, dilaporkan tidak menjejaskan paras air di Taman Tasik Taiping, Perak kerana ia masih dalam keadaan normal.

Tinjauan mendapati, penyusutan air tidak begitu ketara dan kawasan rekreasi berjalan seperti biasa dengan kunjungan orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluaga dan perseorangan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Muhamed
Akmal Dahalan berkata, hujan lebat pada Ahad 29 Mac 2026 lalu, menjadikan air dalam tasik tidak
terjejas.
Beliau berkata, paras air tasik masih dalam keadaan baik dan
tidak berlaku penyusutan walaupun keadaan cuaca kering di sini.
“Saya lihat pusat rekreasi seperti kawasan perahu masih boleh beroperasi. Kalau tasik kering sudah tentu ia tidak boleh beroperasi,” katanya ketika ditemui di Taiping pada 30 Mac 2026.

Namun, beliau berharap air tasik tidak surut walaupun cuaca kering
dan hujan berkurangan.
Pada 2024, Taman Tasik Taiping pernah dilaporkan kering
akibat cuaca panas dan kekurangan hujan.
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi yang popular
di bandar warisan ini dan menjadi tumpuan orang ramai termasuk pada hujung
minggu.
Taman awam pertama itu dibuka pada 1880. Ia adalah bekas lombong yang dikelilingi dengan pokok-pokok hujan yang ditanam sepanjang kawasan berkenaan. - KitaReporters
