AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman (SS) tidak bercadang menggalakkan bakal isterinya, pelakon dan penyanyi Dayang Bella Astilah (BA) menyertai dunia politik. Sebaliknya akan terus menggalakkan tunangnya menemaninya dalam dunia sukan. 




Ini kerana kata SS, sejak dia memasuki dunia baharu di luar politik, dia menemui kebahagian luar biasa. Dan dunia seni yang disertai bersama Bella, sekarang lebih santai, tiada tekanan atau kena kecam kiri kanan. 

Lebih teruja katanya, dunia seni juga menwarkan pendapatan lumayan. Bayangkan pendapatan Bella sekarang untuk satu hari kerja ada masanya sama dengan pendapatan sebulan wakil rakyat. 

Dan SS juga tidak ada niat untuk meminta Bella berhenti bekerja termasuk sebagai duta produk.



Dalam satu temu bual dengan podcast dialam TikTok menghitung hari ke jenjang pelamin, SS dan Bella yang kini digelar sebagai Tim BASS akan saling menyokong impian bersama sambil membimbing "anak-anak" mereka bersama. 

SS berkata dia tidak akan mengorbankan hak Bella yang sangat rajin bekerja sejak usia muda semata-mata untuk menggapai impiannya.

"Kami sama-sama bekerja dalam bidang politik dan hiburan kerana baru sekarang saya menikmati dunia yang bahagia luar biasa. 

"Saya ada kongsi pendapat dengan tunang saya (Bella) yang menyanyi atau membuat konsert satu malam bersamaan dengan gaji saya sebulan. Kalau kami shooting sehari sebagai duta produk pun, adakala pendapatan dua hingga tiga bulan Ahli Parlimen

"Dah bidang seni ini tidak ada tekanan (stres). Bila saya dapat peluang bersama Bella iu, kita santai-santai saja. 

"Jadi wakil rakyat dahlah tiada privasi dan tidak bernasib baik kena kecam kiri kanan." katanya yang turut mengakui sebelum ini, tidak tahu adanya "dunia lebih bahagia" kerana tidak beri tumpuan sangat untuk berumah tangga.



Difahamkan juga SS tidak mahu Bella menjadi bahan kutukan netizen jika terbabit dalam politik seperti mana yang dilalui wanita-wanita pertama negara sebelum ini.  

"Lebih baik Bella menemani saya dalam acara sukan yang dia turut minat. Saya juga tidak bercadang meminta Bella berhenti daripada kerjanya sekarang. 

"Saya tidak boleh menjadikan dia mangsa demi cita-cita politik saya," kata SS yang  turut mengakui sudah mengikuti kursus kahwin.

Bagaimanapun dia enggan memberi tarikh tepat hari pernikahannya tapi memberi isyarat "tidak lama lagi". Bimbang mencetuskan "kekalutan" seperti mana timbulnya gosip selepas bertunang pada 28 Mac 2026 lalu.

Lamaran dibuat oleh SS ketika mereka mendaki Gunung Kinabalu sebagai simbolik perjuangan mereka sepanjang perkenalan sebagai pasangan kawan sehingga bertunang.



Ada ura-ura perkahwinan itu dijangka Jun 2026 depan (26.06.26) dan sebenarnya penantian itu sudah lama ditunggu oleh peminat Bella yang sudah tidak sabar menunggu ibu tunggal dua anak itu membina mahligai baru.

SS berkata kerjaya dialam bidang seni bukan saja memperolehi pendapatan lumayan malah beliau akui agak suka dalam bidang baharu itu berbanding politik, memandangkan dia sentiasa jadi sasaran kecaman keliling. 

Ini termasuklan sebelum ini SS dihadapkan ke mahkamah bersabit penggunaan akaun parti dan dibebaskan.

"Saya mahu menjadi bapa yang baik. Sekarang saya sangat bahagia. Sebelum ini saya tidak sangat memberi perhatian terhadap kehendak peribadi selain politik. 

"Kali ini saya temui saat lebih bahagia bersama Bella dan anak-anak kami," pengakuannya tentang anak Bella, Ayden dan Ara itu sebagai "anaknya" mencetuskan sebak dalam kalangan netizen.



Sementara itu, Bella dalam podcast 3 Mak Dara yang dikendalikan oleh Rita Rudaini, Raja Azura dan Syarifah Syahora pula, mengakui kehancuran rumah tangga yang pertama sudah dilupakan. Dia mengakui terlalu kecewa sehinggalah dia kena menerima takdir itu.

Sebelum itu, Raja Azura yang dipanggil Kak Engku berkata ketika dia menghampiri Bella dalam satu majlis, dia hanya mahu memeluk wanita beranak dua itu. Kerana dia sendiri dapat rasa apa yang dilalui Bella.

Sebab Kak Engku sendiri bercerai dan anaknya tidak menemui bapa mereka selama 10 tahun.

Kak Engku turut berpesan supaya Bella terus menjaga anak-anaknya. Kerana takdir itu mereka tidak mahu menyalahkan sesiapapun. 

Cuma kuatkan semangat, jaga anak-anak waima apa yang berlaku anak-anak adalah hartanya.

Turut sama dalam temu bual itu ialah pelakon Rita Rudaini yang juga ibu tunggal dengan dua anak lelakinya - Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, tidak pernah menemui bapanya seorang pemain bola sepak sejak dilahirkan walaupun wajah lelaki itu tertera dalam media massa.

Ini kerana kata Rita, anak pertama tidak diakui anak sah oleh bekas suaminya dan anak-anaknya juga pernah melalui trauma termasuk waktu dalam pantang anak kedua, Rita tidak dapat makan selama tiga hari kerana dilanda kesedihan melampau.

Akhirnya bila anak sulungnya dapat mengesat air matanya barulah dia tersentak dia mempunyai anak-anak yang perlu dijaga dan diuruskan. - KitaReporters


7
8
0
9
0

Copy Link: