Buat baik dibalas baik! Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita dari Bali, Indonesia apabila keikhlasannya memberi tiga biji kuih donat kepada seorang pelancong dari Amerika Syarikat (AS), dibalas dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Pelancong tersebut sebenarnya adalah pereka dan pempengaruh terkenal dari Yakima, Washington, AS bernama Isaiah Garza. 

Ia menjadi tajuk hangat dalam media sosial apabila Isaiah berkongsi momen saat dia membuat kejutan kepada seorang peniaga kuih donat di Bali.



Dalam video yang dikongsi oleh Isaiah dalam akaun TikTok miliknya, kelihatan seorang wanita terkejut apabila diberitahu oleh Isaiah bahawa dia menghadiahkan sebuah rumah baharu kepadanya dan wang tunai.

Hadiah tersebut diberikan oleh Isaiah kerana mahu membalas budi baik wanita tersebut. 

Rupa-rupanya wanita itu pernah memberikan Isaiah tiga biji donat secara percuma. Justeru, keikhlasan wanita itu membuatkan Asaiah terharu dan terhutang budi.



Sebagai membalas budi, Isaiah menghadiahkan sebuah rumah baharu serta kelengkapan isi rumah kepada wanita penjual donat itu. 

Hadiah yang tidak terkira itulah membuatkan wanita bertuah ini terkejut dan kehilangan kata-kata.  Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih sambil memeluk Isaiah.

"Itu rumah kamu! Rumah kamu!" jerit Isaiah sambil disaksikan oleh orang ramai yang hadir.

Tidak berhenti di situ, Isaiah tidak putus-putus menggembirakan penjual donat itu. Selain rumah, dia turut memberikan kotak kadbod berisi wang tunai USD$10,000 atau 155.4 juta rupiah (RM46,525).



Hadiah yang datang berturut-turut membuatkan wanita itu terus terkejut dan menangis kegembiraan. 

Dia masuk ke dalam rumah baharunya dengan wajah yang gembira sambil melihat suasana rumah itu. Kemudian, dia memeluk erat Isaiah sebagai tanda terima kasih.

"Ini adalah hari terbaik dalam hidup saya," kata wanita itu.



Momen indah itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, tetapi juga selebriti ternama dunia seperti Paris Hilton.

“Ini sangat luar biasa, saya menangis,” tulis Paris. - KitaReporters


12
12
0
10
0

Copy Link: