Foto Vanessa di pusara hilang! Undang sedih, pilu keluarga mentua! Dipercayai angkara peminat!

Published by
KitaReporters

SEMOGA Vanessa dan Bibi tenang di kampung abadi. - kredit foto: Suara.com


MENJADI kelaziman kepada ibu bapa untuk menziarahi pusara anak mereka termasuk ibu bapa Allahyarham Febri 'Bibi' Andriansyah dan menantu, Allahyarham Vanessa Angel yang terbunuh akibat kecelakaan jalan raya pada Khamis, 4 November 2021 lalu yang dikebumikan  di Tanah Perkuburan Umum Malaka Islam, Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Kehadiran orang tua berkenaan bukan sahaja melihat keadaan pusara anak kesayangan mereka tetapi juga untuk mengaji serta memanjatkan doa kepada arwah anak mereka, Bibi dan Vanessa yang telah disemadikan di dalam liang lahad sama di tanah perkuburan tersebut.


Lagi kisah menarik berkaitan Vaneesa Angel


VANESSA ANGEL kini tinggal kenangan kelihatan anggun ketika bergambar di dalam mobilnya sendiri. - Kredit foto: Suara.com



Namun kedatangan bapa Bibi, Faisal serta ibunya, Dewi Zuhriati pada 8 November 2021 lalu bertukar terkejut apabila mendapati foto Vanessa atau nama sebenarnya, Vanessa Adzania, yang terletak di batu nisan pusara menantunya telah hilang

Dipetik laporan Matamata.com pada Selasa, 8 November 2021 memberitahu hanya foto Vanessa sahaja yang hilang manakala foto Bibi masih terpacak di batu nisan di pusaranya.


FOTO Vanessa yang bertanda bulatan yang sebelum ini diletakkan di batu nisan di pusara Vanessa didapati hilang dan dipercayai dicuri oleh peminatnya pada 8 November 2021. - Kredit foto: Matamata.com


AHLI keluarga Bibi yang menziarahi pusara Bibi dan Vanessa pada 8 November 2021. - Kredit foto : Suara.com


“Foto Vanessa mana ye? Semalam masih ada lagi,’’ kata Dewi Zuhriati.

“Mungkin diambil oleh peminatnya dan mungkin juga peminatnya sentiasa merindui pada Vanessa,’’ kata salah seorang ahli keluarganya yang turut datang menziarahi pusara sepasang suami isteri itu.


FAISAL mengakui terkejut selepas melihat foto menantunya hilang dipercayai diambil oleh peminat. - Kredit foto: Suara.com


Dewi Zuhriati dengan wajah yang sedih tanpa berbicara apa-apa terus duduk di pusara anaknya dan menantunya untuk berdoa.

Foto yang hilang itu memaparkan gambar Vanessa dengan wajah yang tersenyum berhijab itu dipercayai dicuri oleh peminatnya.

‘’Kami sekeluarga masih berada dalam kedukaan walaupun kami sedar hidup pasti akan mati tetapi kehilangan anak serta menantu saya yang meragut nyawa pada kecelakaan itu berlaku dengan sekelip mata,’’ ujar Dewi Zuhriati dengan linangan air matanya.

Sejak dikebumikan jenazah suami isteri itu pada Jumaat, 5 November 2021 lalu, boleh dikatakan setiap hari didatangi orang ramai serta peminatnya yang datang menziarahi pusara Bibi dan Vanessa.


VANESSA dan BIbi sebelum terbunuh dalam kecelakaan pada 4 November 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dalam kecelakaan yang berlaku di Tol Mojokerto-Jombang, Jawa Timur,  pada Khamis 4 November 2021 lalu, Venassa meninggal dunia selepas tercampak keluar sejauh tiga meter dari kenderaan Pajero Sport yang dinaikinya terbabas di lokasi tersebut.

Suaminya, Bibi juga meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya, Tubagus Joddy; anak mereka, Gala Sky Andriansyah dan seorang pembantu rumahnya terselamat dalam kemalangan berkenaan.


PASANGAN Vanessa dan Bibi  dilaporkan meninggal dunia selepas berdepan kecelakaan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Surabaya pada 4 November 2021.


PAJERO Mitsubishi yang mengorbankan Vanessa dan Bibi di Tol Jombang-Mojokerto, Jawa Timur. - Kredit foto : Tribunnews.om


Pasangan suami isteri dikatakan dalam perjalanan menuju Surabaya untuk menghadiri satu program itu mengalami kemalangan menyebabkan kedua-duanya terbunuh di tempat kejadian selepas Pajero di bahagian kiri terlanggar tembok yang mana ketika itu, Bibi berada di bahagian hadapan di sebelah kiri pemandunya dan Vanessa pula berada di sebelah kiri bahagian belakang.

Kecelakaan itu berlaku dipercayai berpunca daripada pemandu Pajero itu mengantuk dengan membawa kenderaan itu melebihi kelajuan 120 kilometer/jam. 


PAJERO melanggar tembok di sebelah kiri kenderaan yang diduduki Bibi (bahagian hadapan) dan Vanesaa pula duduk di sebelah kiri (belakang) sebelum kecelakaan itu berlaku. - Kredit foto: Tribunnews.com 

15
19
0
13
0

Copy Link: