Tular dalam media sosial seorang wanita berstatus isteri tergamak meninggalkan suami dan anak berusia tiga tahun dan disyaki lari dari rumah setelah berkenalan dengan lelaki lain. Wanita berusia 22 tahun itu dikatakan menghilangkan diri sejak 31 Mei 2020 lalu dan gagal dikesan sehingga kini, namun dipercayai lokasi terkini dipercayai berada di sekitar Manir, Kuala Terengganu atau kawasan berhampiran. KitaReporters


Tular dalam media sosial termasuk aplikasi WhatsApp berhubung seorang isteri yang lari daripada rumah. 


"Perempuan larikan diri!! Larikan diri dari 31/5/2020 (waktu maghrib) disyaki ikut laki lain.. Status perempuan ini (isteri orang) dan tinggalkan anak berumur tiga tahun.

"Kalu ada sape terjumpa dengan dia ini tolong pegang atau bawa ke balai polis terdekat. 

"Kalau ada nampak dia naik moto ke... naik kereta ke dengan sape tolong call nombor ini, yang penting tolong pegang dulu," itu antara kandungan ayat tular dalam media sosial.

Antara doa yang boleh diamalkan pasangan suami isteri untuk kebahagiaan rumah tangga. - Kredit gambar: Internet.


Sementara itu, memetik laporan Astro Awani tindakan wanita dari Penarik, Setiu itu hanya gara-gara permainan dalam talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya.

Menurut suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Apih, 24, dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu, isterinya gagal dikesan dan dikatakan telah keluar menggunakan sebuah motosikal.

Katanya, dia mengakui mereka ada bertengkar sebelum hari isterinya menghilangkan diri dan tindakan itu kali kedua dilakukan pasangan hidupnya itu sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Pertama kalinya sekitar hujung tahun lepas dan kali ini berulang semula. 

"Dia (isteri) asyik bermain PUBG dan mungkin seorang lelaki lain telah pengaruhi fikirannya untuk lari dari rumah," katanya.

Tambah Apih, dia dan keluarga juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik, Setiu tentang kehilangan itu  dan berharap  mana-mana pihak dapat membantu mengesan isterinya itu dengan segera.

Suami kepada wanita ini turut mengharapkan orang ramai agar dapat membantunya mengesan isterinya ini. 


“Saya dan keluarga risau keselamatannya kerana beberapa hari tidak pulang ke rumah. 

"Tidak tahu di mana dia berada dan harapan saya pihak polis serta orang ramai dapat membantu mencari isteri dengan segera,” ujarnya lagi. - KitaReporters

7
1
12
4
4

Copy Link: