Video| Remaja India miliki lidah terpanjang di dunia! Tapi belum dapat pengesahan! Kerana miskin!

Published by
KitaReporters


MELIHAT dirinya seperti remaja lain namun siapa sangka mendekati seorang remaja berusia 21 tahun dari Thiruthangal di Virudhunagar, Tamil Nadu, India ini memiliki lidah yang panjang.

Bagi K. Praveen, dia langsung tidak melihat keunikan yang ada dalam dirinya sebagai sesuatu yang luar biasa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Guiness World Records


Namun bagi remaja berusia 21 tahun sudah menyedari dirinya memiliki kebolehan luar biasa sejak dari kecil lagi apabila mampu menjilat hidungnya sendiri dengan lidah.

Menurut Universiti Edinburgh, purata kepanjangan lidah seorang lelaki sekitar 8.5cm namun hebatnya Praveen memiliki 10.8cm iaitu 2.5cm lebih daripada lelaki-lelaki lain.

Keadaan unik yang dimiliki itu sekali gus memungkinkan dirinya menjadi lelaki yang mempunyai lidah paling panjang di dunia

Malah turut memaklumkan perkara itu kepada ibunya, namun menganggap perkara itu sekadar gurauan semata-mata.



Namun disebabkan kemiskinan dirinya, Praveen yang merupakan mahasiswa dalam bidang robotik di sebuah universiti di India tidak mampu mengukur lidahnya secara rasmi oleh Guinness World Records. Namu namanya tersenarai di Limca Book of Records kerana memiliki lidah paling panjang di India.

Malah, beberapa tahun lalu, nama Praveen tersenarai di Asia Book of Records kerana berjaya memegang hidung menggunakan lidah sebanya 219 kali dalam tempoh seminit.

Wow hebatnya!

Praveen juga menjalani amalan yoga Khecari Mudra, yang membolehkan dia memasukkan lidahnya ke hidung melalui mulutnya sendiri.

Guinness World Records mencatatkan bagi lidah terpanjang di dunia kini dimiliki Nick Stoeberl dari California, Amerika Syarikat yang mempunyai lidah sepanjang 10.1cm.



Keadaan ini dilihat lebih pendek berbanding Praveen yang memiliki kepanjangan lidah 10.8 cm. Malah, Praveen kini merancang untuk mengumpul dana dan mendapatkan pengesahan dari organisasi antarabangsa berkenaan.

Kongsi remaja hebat itu, walaupun kini namanya direkodkan di India sebagai individu mempunyai lidah paling panjang namun dia tetap berhasrat membawa keunikan diri itu ke seluruh dunia. 

"Situasi ini mungkin berlaku sekiranya kerajaan menghulurkan dana kepada saya dan boleh saya kongsikan kebolehan diri ini ke peringkat antarabangsa," katanya.

Malah anak jati india itu berkata dia kini sedang berlatih untuk menyentuh kelopak matanya menggunakan lidah, pencapaian yang dirasakan akan meningkatkan peluang dirnya untuk mendapatkan namanya dalam Guinness World Records. - KitaReporters


8
12
0
15
0

Copy Link: