Berita Terkini| BCL sah positif Covid-19! Kini kuarantin kendiri! Mohon semua jaga keselamatan!

Published by
KitaReporters

BALU Ashraf Sinclair kini menjalani kuarantin kendiri dan memohon semua pihak menjaga keselamatan diri.


PENYANYI kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali BCL mengesahkan dirinya kini positif dijangkiti Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri.

Menerusi hantaran dalam Instagram, balu Ashraf Sinclair itu memaklumkan bahawa keputusan ujian calitannya disahkan positif.

Bagaimanapun pelakon cantik berusia 38 tahun itu tidak memaklumkan punca jangkitan virus tersebut.



"Saya baru menerima keputusan ujian dan disahkan positif Covid-19. Saya kini menjalani kuarantin kendiri dan Insya-Allah, akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi,” kongsinya.

Dalam masa sama, BCL sempat menitipkan pesanan dan mahu semua pihak mengambil langkah selamat untuk kekal sihat.

"Saya menyeru semua supaya mengambil segala langkah keselamatan untuk kekal sihat dan selamat. Jaga diri anda dan orang-orang tersayang," tulisnya.

Terdahulu, BCL juga memuat naik dua keping gambarnya yang diambil ketika dia berada di hospital. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

BUNGA Citra Lestari disahkan positif Covid-19.

0
0
2
0
0

Copy Link: