Tolong! Tolong! Wanita cedera parah diserang seekor anjing!

Published by
KitaReporters

BOLEH dikatakan setiap orang kalau terserempak dengan anjing mesti akan takut apatah lagi jika anjing itu seakan-akan mahu kejar atau serang kita. Kalau kena serang, memang boleh cedera parah kot!!! Nasib malang ini menimpa seorang wanita, yang menjadi tular dalam media sosial. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan anjing:

https://kitareporters.com/search?search=anjing


Maka tidak hairanlah kalau ada orang lari tak cukup tanah. Tiba-tiba lagi power lagi Usian Bolt!!

Namun kali ini nasib tidak menyebelahi seorang wanita ini apabila diserang anjing secara mengejut.


Kredit Twitter Bukan Wanted. 


Dah la nama anjing, serang pula dalam diam, curi-curi pula serang orang!! Cubalah serang 'time' orang tengah 'ready'. Memang lari dulu la!!!!!

Jika dilihat video tersebut, memang rasa seram. Tengok la macam mana dia datang berkali-kali nak gigit seakan-akan nak makan pula!!!

Weii!!! Apa ingat itu makanan ka haaa!!!! 

Kesian wanita itu. Dah la baru balik kerja, tiba-tiba kena serang macam tu!!!!!



Penjaga anjing pun satu, dah tahu anjing tu suka serang orang, letakkan la rantai dekat anjing tu.

Malah ada orang cakap, terdapat 3 ekor lagi anjing dalam rumah tu. Tak leh bayangkan kalau wanita tu kena serang serentak. 


Ada satu kereta putih lalu di situ, bukan nak tolong apa ka!!!!!! Boleh tengok je lepas tu terus gerak macam tak nampak apa-apa, haisshh geram pula. 



Pujian perlu diberikan kepada seorang jiran apabila membantu wanita itu. Siap keluarkan kereta dari parking semata-mata mahu halau anjing itu. 

Anjing tu pun tak mahu kalah, nak juga gaduh dengan kereta siap nak serang semula wanita tersebut. 


Mungkin jiran itu pun dah lama rasa geram kat anjing sampai dia nak langgar je biar mati!!!!

Diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis dapat bertindak segera serta tegas terhadap anjing tersebut dan pemiliknya.

Tak kan tunggu bila ada kes kematian sahaja!!!  - KitaReporters

2
0
2
0
3

Copy Link: