PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, kini mempunyai kondominium mewah di ibu kota Dubai di

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan nilai anggaran RM20 juta.

Kondomium mewah itu terletak di The Address, Dubai Mall, tidak jauh dari menara ikonik pencakar langit, Burj Khalifa.




The Address Residences adalah kediaman kondominium servis eksklusif yang terletak di pusat bandar Dubai. Bangunan setinggi 56 dan 64 tingkat itu direka berdasarkan bentuk kapal layar laut Arab.

Hasil tinjauan dalam enjin carian google mendapati kondominium itu bernilai lebih RM20 juta satu unit.



Baru-baru ini Siti Nurhaliza melakukan ‘home tour’  ke kondomium mewahnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan dua anaknya Aafiyah dan Afwa serta beberapa kakitangannya. 

Siti Nurhaliza turut memuat naik cerita, video dan gambar dalam kunjungan itu. Dia turut menulis kapsyen "Alhamdulillah, home sweet home.”



Kejayaan Siti Nurhaliza memiliki kediaman mewah di Dubai itu memberi inspirasi kepada anak tirinya Muhammad Asyraf mencapai kejayaan dalam perniagaan bersama isterinya Tya Ariffin.

Asyraf juga sempat berkongsi foto rumah itu di laman Instastory dan mengucapkan tahniah. 

“Tahniah Mak Iti kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya," tulis Asyraf dalam Instagram Storynya.



Menurut Asyraf, dia turut memasang impian untuk mencapai kejayaan dan dimurahkan rezeki.
"Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti,” tulisnya.

Asyraf juga menegaskan Siti memang layak mendapatkan kemewahan dan keselesaan hari ini melihat kepada usaha penyanyi itu yang tidak pernah patah semangat. 

“Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya,lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel,” tulisnya. - KitaReporters



16
14
0
13
0

Copy Link: