BIARPUN tiada bukti lengkap namun seorang pelajar lelaki gred enam di Kolej R S Inter, Ramlila Maidan terpaksa menerima hukuman tidak munasabah.

Memetik laporan portal NDTV, kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada pelajar lelaki berusia 15 tahun itu dari Kampung Madaiya,  Kanauj di negeri Uttar Pradesh dan beragama Islam dituduh mencuri seutas jam tangan.


Lagi kisah-kisah berkaitan penderaan melampau



Pelajar malang tersebut kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik sebelum tiga gurunya bertindak memukulnya secara bertubi-tubi.

Pelajar berkenaan yang dikenali Dilshan, terpaksa dimasukkan ke hospital kerajaan selepas keadaannya menjadi kritikal pada 23 Julai 2022, lalu. Namun situasi yang tidak banyak perubahan menyebabkan pelajar tersebut kemudian dipindahkan ke Hospital Kanpur, India. 

Malangnya pelajar berusia 15 tahun tidak dapat diselamat dan disahkan meninggal dunia.




Bapanya, Jahgir mendedahkan, dia dihubungi oleh pihak sekolah supaya mengambil anaknya di sekolah.

Ketika tiba di sekolah, Dilshan mengadu dia dipukul oleh tiga orang guru termasuk pengetua sekolah berkenaan selepas menuduh dia mencuri seutas jam.

“Walaupun tiada bukti, namun anak saya dipukul teruk oleh tiga gurunya selepas dikurung di dalam sebuah bilik,” katanya bapanya,

Kongsi lelaki itu anaknya juga turut mengadu kepada ibunya, Shabana Beegum di hadapan adik-adiknya sambil menyatakan gurunya memukul di bahagian perut. Kesan dipukul dia mengalami sakit berlarutan.

Keadaan Dilshan semakin teruk selepas beberapa hari dan memaksa keluarga tersebut menghantar anak lelakinya itu ke hospital.

Walaupun mendapatkan rawatan di hospital namun keadaan tidak berubah dan menjadi kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.




Sementara itu, Polis Uttar Pradesh, Kunwar Anupam Singh dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kematian pelajar berkenaan.

Malah pihaknya sedang menjalankan siasatan berkenaan bagi mendapatkan punca kematian dan memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya gurunya terlibat dan menjadi punca dalam kematian pelajar lelaki berkenaan. - KitaReporters


Kunwar Anupam Singh 

7
15
0
11
1

Copy Link: