Video| Susah nak jumpa ni! Kecantikan budak mata berwarna biru! Buat ramai terpesona, terpegun!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN video seorang guru yang begitu teruja melihat anak muridnya mempunyai mata berwarna biru telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial dengan lebih 4.3 juta tontonan.

Menerusi perkongsian video oleh guru tersebut yang bernama @hanifashraff dalam TikTok, menunjukkan beliau berada di padang sekolah bersama beberapa orang anak muridnya lalu bertanya kepada salah seorang yang mencuri tumpuan adakah ia mata asli yang terdapat pada pelajar tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik yang ditarifkan sebagai cerita unik


Pertanyaan beliau dijawab pelajar terbabit dengan mengangguk tanda betul yang membuatkan guru itu terpegun.

Kagum sekejap,” kongsinya ringkas ketika berkongsikan pengalaman melihat anugerah yang dikurniakan oleh Allah terhadap anak muridnya itu.



Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan memuji kecantikan mata pelajar tersebut menganggap kurniaan Tuhan.

“Cantiknya. Allah bagi mata dia cantik,” kata @nattabella.

”Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah,” ujar @cartoon_panda.

“Mata biru dengan kulit licin, cantik sangat, masya-Allah,” tulis @min9yu_k. - KitaReporters


17
15
1
24
0

Copy Link: