Komited perkasa komuniti! Toyo Tyre kongsi keberkatan Ramadan bersama anak yatim! Beli kuih raya OKU!
Published by
Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd (TTM) meneruskan komitmennya terhadap komuniti dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pusat Kebajikan Anak Yatim Nur Hidayah, Taiping di Hotel Taiping Perdana di Taiping.

Majlis yang diadakan sebagai sebahagian daripada program utama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat ini bertujuan untuk membawa keceriaan perayaan serta menyumbangkan keperluan penting kepada anak-anak yatim di sekitar daerah Taiping.
Sambutan tersebut dimeriahkan dengan jamuan berbuka puasa, pengagihan duit raya, kuih raya serta pemberian set pakaian baharu seperti baju kurung, tudung, dan kasut kepada kanak-kanak terlibat.
Sumbangan berjumlah
RM11,000 ini mencerminkan komitmen berterusan TTM dalam menyokong golongan
kurang berkemampuan.
Presiden dan
Pengarah Urusan TTM Mike Toh berkata, dedikasi syarikat terhadap tanggungjawab
sosial, di samping menyentuh hubungan akrab yang telah lama terjalin dengan
pusat kebajikan tersebut.
Sebelum ini, TTM telah menyumbangkan sebanyak RM10,000 setiap tahun kepada Pusat Kebajikan berkenaan semasa acara tahunan Toyo Tires Charity Run, sekali gus memperkukuh usaha syarikat untuk memperkasakan komuniti.

"TTM
menyampaikan penghargaan festif kepada para pekerja melalui pemberian tahunan biskut
perayaan yang diperoleh daripada Anak Kita, sebuah perusahaan sosial di Taiping
yang menyokong program Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Sebanyak hampir RM200,000 setakat ini merangkumi pelbagai perayaan utama, inisiatif ini mencerminkan komitmen TTM terhadap inklusiviti dan sokongan komuniti,” katanya dalam kenyataan pada majlis Iftar Ramadan pada 18 Mac 2026.
Turut hadir ialah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Datuk Seri Wan Mohd Isa Datuk Wan Mohd Razali; Pegawai Daerah Larut Matang, Selama, Mohd Nasrul Menhat; dan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) Datuk Ong Chin Choon.

Mike
berkata, kehadiran TTM di Taiping bukan sekadar untuk sektor pembuatan; malahan
adalah sebahagian daripada komuniti ini dan percaya dalam usaha membawa perubahan
bermakna kepada kehidupan mereka yang memerlukan.
Katanya, TTM
kekal teguh dalam Program Jangkauan Komunitinya, sejajar dengan matlamat ESG
Kumpulan Toyo Tires dalam memacu perubahan yang bermakna.
“Di samping sumbangan kewangan, TTM juga aktif dalam inisiatif mempromosikan kelestarian alam sekitar, tangungjawab sosial dan tadbir urus yang kukuh,” ujarnya. - KitaReporters
