Berita Terkini| Anggota bomba sedang padam kebakaran diserang! Suspek dakwa bomba lambat tiba!

Published by
KitaReporters

Anggota bomba yang sedang jalankan kerja-kerja padam kebakaran diserang oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Lawas, Sarawak. - Kredit foto: Astro Awani


SEORANG anggota  bomba yang sedang memadam kebakaran rumah cedera selepas ditumbuk oleh seorang lelaki dalam kejadian di Lawas, Sarawak pada 19 Jun 2021.

Memetik laporan Astro Awani, 20 Jun 2021,  mangsa ditumbuk dari arah belakang dan seorang lagi lelaki bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwa lewat tiba ke lokasi kebakaran di Jalan Punang, Kampung Belipat, Lawas.

Ekoran daripada itu, anggota tersebut mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian tersebut berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas terima panggilan kecemasan jam 3.18 petang  dan bergegas ke lokasi terletak enam kilometer dari balai dengan kekuatan tujuh anggota menaiki sebuah jentera.

“Ketika tiba, sebahagian besar rumah setingkat yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah. Empat sekeluarga menyewa di situ sempat selamatkan diri dan punca serta jumlah kerugian dalam siasatan,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
1
0
5

Copy Link: