JIKA sebelum ini kita pernah membaca kisah seorang lelaki nekad berjalan kaki dari  Kuala Lumpur ke Tanah Merah, Kelantan kerana desakan hidup selepas kehilangan pekerjaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Menariknya lelaki itu selamat tiba dan dapat kembali bersatu dengan anak dan isteri tercinta. : KitaReporters

Kredit foto-foto: FB Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia


Namun kali ini, kisahnya agak sama namun sayangnya ajal lebih awal menjemputnya tanpa sempat dia untuk bertemu anak perempuan kesayangan di Kuala Terengganu.

Lelaki berusia 30 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di Segamat, Johor dikatakan nekad berjalan kaki untuk bertemu anak yang berada di Kuala Terengganu.

Jarak antara Kuala Terengganu dan Segamat lebih 370 kilometer.

Bukannya dekat... tapi kerinduan mendalam kepada si anak bapa muda terus nekad melakukan tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri.

Oh ayah! kasih mu sepanjang hayat!!

SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA menguruskan pengebumian jenazah pemuda berkenaan di Tanah perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang pada 13 Mei 2020.


Tetapi dalam perjalanan tersebut, pemuda berkenaan rebah sebelum ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Rompin, Pahang baru-baru ini.

Lebih malang dia disahkan positif COVID -19 dan merupakan mangsa ke-110.

Perkara demikian dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Rafie Zainal yang bertanggungjawab menguruskan jenazah lelaki berkenaan.

ANGGOTA Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ketika mengurusan jenazah pemuda berkenaan bagi mengelak jangkitan COVID-19. - FB Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.


Katanya, walaupun jenazah ditemukan di Muadzam Shah, namun terpaksa dihantar ke Hospital Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sebelum disahkan positif COVID-19.

Menerusi Facebook SPJM, Rafie berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai waris arwah tidak mampu untuk menanggung kos pengebumian sebanyak RM1,500.

Katanya, sepanjang mengurus proses pengebumian itu, pihaknya perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan COVID-19.

JENAZAH dimasukkan ke van sebelum dihantar ke Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.


Malah urusan jenazah dilakukan di bilik autopsi mengikut peraturan yang difatwakan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. 

Manakala, ahli keluarganya hanya dapat melihat untuk pengecaman mayat arwah dari luar cermin jendela bilik autopsi di hospital berkenaan. 

Tambah Rafie, pihaknya menggunakan kaedah tayamum untuk solat jenazah dengan keadaan jenazah dibalut dua lapisan plastik, tiga lapisan kain dan dua kali proses sanitasi dilakukan sepanjang urusan pengebumiannya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.

Semoga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini di bulan mulia ini. 

Terima Kasih SPJM! jasamu hanya Allah yang mampu membalas!! : KitaReporters


 

 

 

2
0
14
0
0

Copy Link: