Seringkali apabila tibanya hari raya sudah pasti sampul duit raya menjadi rebutan.

Ada yang berlatarbelakangkan pemandangan, kartun, artis dan siri popular di televisyen khususnya yang menjadi minat kanak-kanak seperti BoBoiBoy, Ejen Ali, Upin dan Ipin, Roblox dan sebagainya.


Sampul duit raya BoBoiBoy dan Ejen Ali yang menjadi minat kanak-kanak kini.

Satu lagi sampul duit raya yang menjadi tarikan kanak-kanak kini.

Namun begitu masih terdapat lagi sampul duit raya yang kreatif seperti sampul raya unik berasaskan bulu kawat yang dihasilkan di Kluang, Johor.

Lebih menarik lagi sampul duit raya kreatif ini berbentuk ketupat dan merupakan sampul duit raya buatan tangan.

Sampul kreatif yang agak mahal ini begitu unik kerana ia perlu ditempah terlebih dahulu sebelum dapat memilikinya.


Kreativiti diperlukan sebelum sampul duit raya ini dapat disiapkan.

Secara tidak langsung sampul duit raya yang kreatif ini mampu menjadi saingan kepada sampul duit raya kertas sedia ada tatkala ini.

Tidak dapat dinafikan dengan kecanggihan teknologi kini,banyak lagi sampul duit raya dengan pelbagai bentuk kreativiti akan wujud tidak lama lagi.


Sampul duit raya unik hasil kreativiti tersendiri.

Antara sampul duit raya unik yang telah siap direka.

Sementara itu, seringkalinya himpunan iftar terbesar atau teramai diadakan di hotel bertaraf lima bintang.

Namun, majlis iftar di sebuah hotel biasa dengan jumlah peserta seramai 1,770 orang pada 17 Mac 2026 lalu menjadikan ia sebagai majlis iftar terbesar sehingga mendapat pengiktirafan yang berprestij.


Ruang lobi biasa bertukar menjadi tempat berbuka puasa yang lebih menarik.

Malaysia Book of Records telah mengiktiraf majlis iftar di Hotel Wyndham Acmar Klang sebagai himpunan iftar terbesar di hotel setelah berjaya mengendalikan acara besar melangkaui kapasitinya sendiri.

Ruang yang direka untuk ribuan tetamu bukan sekadar dipenuhi sebaliknya ia diolah semula menjadi pengalaman iftar yang lebih terbuka dan menyatukan.

Melangkaui dewan konvensional, ruang lobi bertukar menjadi aliran jamuan berbuka puasa yang amat menarik.

Dengan 1,770 orang yang berbuka puasa ia memberi satu gambaran bagaimana ruang hospitaliti boleh menjadi titik pertemuan komuniti yang bermakna sepanjang Ramadan yang lalu. - KitaReporters


Pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai himpunan iftar terbesar di hotel.
Pengiktirafan pada 17 Mac 2026 membuktikan bagaimana ruang hospitaliti boleh menjadi titik pertemuan komuniti yang bermakna sepanjang Ramadan yang lalu.

17
9
0
14
0

Copy Link: